Operasi menyelamat gua Tham Luang berakhir dengan jayanya pada Selasa.
Kesemua 12 remaja bersama jurulatih mereka berjaya dikeluarkan setelah terperangkap di dalam gua itu selama 17 hari dalam operasi yang dianggap 'mustahil' oleh pemerhati dari seluruh dunia.
Rata-rata memuji usaha menyelamat yang menggabungkan kepakaran agensi profesional dari dalam dan luar negara ini sepanjang tiga hari operasi dijalankan.
Namun kejayaan operasi itu mungkin tidak tercapai jika tidak kerana seorang individu yang memaklumkan sendiri 'trauma' berada lebih dua minggu di dalam gua kelam itu kepada pasukan penyelamat.
Beliau ialah salah seorang remaja yang terperangkap di dalam gua Tham Luang itu.
Adul Sam-on, 14, memainkan peranan amat penting ketika pasukan penyelamat pertama dari Britain tiba ke lokasi mereka pertama kali dilihat di 'Pantai Pattaya'.
Apa yang membuatkan pemain bola sepak Wild Boars ini berbeza daripada yang lain ialah kemampuannya berbahasa Inggeris dengan pasukan penyelamat Britain itu ketika mereka ditemukan.
Kebolehannya itu telah memudahkan pasukan penyelamat mengetahui keadaan serta keperluan mereka yang ketika itu telah berada di dalam gua tersebut selama 14 hari.
Dalam negara yang hanya satu pertiga populasinya berbahasa Inggeris, kemampuan Adul berkomunikasi dengan penyelam British pada Isnin malam lalu adalah kebolehan yang amat diperlukan di saat kritikal ketika itu.
Selain bahasa Inggeris, remaja ini juga diberitakan fasih dalam empat lagi bahasa iaitu Thai, Burma, Mandarin dan Wa (bahasa masyarakat berdekatan Myanmar dan China).
Adul lahir dalam keluarga miskin. Ibu bapanya meninggalkannya di bawah jagaan paderi gereja lapan tahun lalu akibat kemiskinan.
Lahir di wilayah Wa berhampiran Myanmar, peluang pendidikan dan pekerjaan amat sedikit. Sebaliknya wilayah ini terkenal kerana pengedaran dadah dan perang gerila.
Namun di sebalik kesusahan itu, Adul bertekad untuk berjaya, malah jauh mengatasi rakan sekelasnya.
Menurut laporan media, Adul digambarkan rakan dan gurunya sebagai seorang yang mahir dalam segala perkara.
Selain dikenali sebagai pelajar pintar di sekolahnya, dia mahir bermain tiga alat muzik, menang pelbagai trofi dalam setiap jenis sukan daripada bola tampar ke futsal.
BACA: Jurulatih Ekk paling akhir keluar, tunai janji jaga anak-anak buah
Astro Awani
Wed Jul 11 2018

Adul Sam-on memainkan peranan amat penting ketika pasukan penyelamat pertama dari Britain tiba ke lokasi mereka berada di 'Pantai Pattaya'. -Gambar 24/7 News
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

Azizulhasni terima geran individu RM200,000
Geran tersebut merangkumi sokongan untuk pengurusan jurulatih, latihan, kejohanan, peralatan pertandingan, perubatan, dan sains sukan.
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.

INFOGRAFIK: Wajah-wajah 13 mangsa gua Tham Luang
Selepas 17 hari, operasi mencari dan menyelamat bersepadu gua Tham Luang berakhir.