Ringkasan AI
- Lebih 200 keluarga mangsa gempa bumi di Chawki, Afghanistan menerima bantuan selimut tebal daripada misi kemanusiaan Amal4Afghan anjuran Yayasan Amal Kelantan.
- Bantuan diagihkan sebagai persediaan menghadapi musim sejuk ekstrem, susulan ribuan mangsa masih berlindung di khemah selepas bencana setahun lalu.
- Gempa bumi 6.0 skala Richter pada September 2022 mengorbankan lebih 2,200 mangsa dan menjejaskan lebih 80,000 penduduk di tiga wilayah Afghanistan.
KUNAR: Setahun selepas bencana gempa bumi melanda wilayah Kunar di Afghanistan, ribuan mangsa dilaporkan masih terpaksa berlindung di khemah penempatan sementara di daerah Chawki, kira-kira lapan jam perjalanan dari ibu negara itu.
Situasi berkenaan mencetuskan kebimbangan memandangkan dalam tempoh kurang sebulan lagi, penduduk terbabit bakal berdepan musim sejuk ekstrem dengan suhu yang dijangka mencecah paras beku.
Prihatin dengan nasib mangsa, rakyat Malaysia menerusi misi kemanusiaan Amal4Afghan yang digerakkan oleh Yayasan Amal Kelantan dengan sokongan kerajaan negeri telah mengagihkan bantuan makanan serta selimut tebal.
Misi tersebut turut menyalurkan bantuan selimut tebal kepada mangsa gempa di salah sebuah kem pelarian di daerah Chawki menerusi kerjasama wakil kerajaan tempatan Emiriah Islam Afghanistan.
"Bantuan hari ini difokuskan kepada agihan selimut tebal atau gebar bagi keluarga yang masih berlindung di dalam khemah akibat bencana tahun lalu.
"Inisiatif ini membolehkan 200 keluarga yang menerima bantuan menggunakannya sebagai persediaan menghadapi musim sejuk yang bakal tiba," menurut kenyataan penganjur misi berkenaan.
Gempa berukuran 6.0 pada skala Richter awal pagi 1 September tahun lalu telah mengorbankan lebih 2,200 mangsa, selain mencederakan ribuan yang lain.
Tragedi itu turut memusnahkan ribuan kediaman serta menjejaskan lebih 80,000 penduduk di wilayah Kunar, Nangarhar, dan Khost.
Afghanistan yang baru keluar daripada belenggu peperangan lebih 40 tahun susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat pada Ogos 2021 kini bukan sahaja berdepan krisis kemanusiaan dan sekatan ekonomi Barat, malah terus diuji dengan pelbagai bencana alam termasuk banjir dan gempa bumi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah bantuan yang disalurkan oleh NGO Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Afghanistan?
A: NGO Malaysia melalui misi Amal4Afghan telah mengagihkan bantuan makanan dan selimut tebal kepada mangsa gempa bumi di daerah Chawki, Afghanistan. - Q: Berapa ramai keluarga yang menerima bantuan selimut tebal dalam misi kemanusiaan ini?
A: Sebanyak 200 keluarga menerima bantuan selimut tebal sebagai persediaan menghadapi musim sejuk yang bakal tiba. - Q: Apakah kesan gempa bumi yang melanda wilayah Kunar pada tahun lalu?
A: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter telah mengorbankan lebih 2,200 mangsa, mencederakan ribuan yang lain, memusnahkan ribuan kediaman, dan menjejaskan lebih 80,000 penduduk di wilayah Kunar, Nangarhar, dan Khost. - Q: Siapakah yang terlibat dalam pelaksanaan misi bantuan ini?
A: Misi bantuan ini digerakkan oleh Yayasan Amal Kelantan dengan sokongan kerajaan negeri dan kerjasama wakil kerajaan tempatan Emiriah Islam Afghanistan. - Q: Apakah cabaran utama yang dihadapi mangsa gempa bumi di Afghanistan menjelang musim sejuk?
A: Ribuan mangsa masih berlindung di khemah penempatan sementara dan bakal berdepan musim sejuk ekstrem dengan suhu dijangka mencecah paras beku.