awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2023
10:59 MYT
Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?
Meskipun pertarungan MMA antara dua taikun media sosial itu belum disahkan secara rasmi, namun Musk memberitahu segala perancangan sedang diatur. - Gambar/ FB dan X
PENGASAS Tesla, Elon Musk mengumumkan pertarungan seni bela diri campuran (MMA) yang dinanti-nantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali.
Musk, 51, membuat pengumuman itu di X (dahulu dikenali sebagai Twitter) pada Jumaat ketika pihak berkuasa Itali mengesahkan terdapat perbincangan mengenai panganjuran acara amal yang hebat.
Meskipun pertarungan MMA antara dua taikun media sosial itu belum disahkan secara rasmi, namun Musk memberitahu segala perancangan sedang diatur.
"Saya sudah bercakap dengan Perdana Menteri Itali (Giorgia Meloni) dan Menteri Kebudayaan (Gennaro Sangiuliano).
"Mereka telah bersetuju mengenai lokasi epik," dakwa Musk.
Sangiuliano sebelum ini berkata bahawa sebarang acara bersama Musk akan menjana keuntungan ratusan juta euro yang akan didermakan kepada dua hospital pediatrik di Itali.
Biar pun tidak menjelaskan secara terperinci, namun Musk memberi bayangan bahawa pertarungan itu akan diadakan di tapak bersejarah Colosseum di Rom.
Sementara itu, Zuckerberg, 39, dalam hantaran di Thread memuat naik gambarnya tidak berbaju dan sedang mengunci tubuh lawan sparingnya.
Pada Jun lalu, Musk mencabar Zuckerberg bertarung dalam gelanggang MMA susulan pertikaman lidah berhubung tindakan CEO Meta itu melancarkan Threads yang dilihat sebagai saingan langsung kepada X.
Malah, Musk berharap pertarungan tersebut akan diadakan di sebuah tapak warisan dunia UNESCO di Rom.
Zuckerberg adalah pengamal jiu-jitsu dan pernah berlatih dengan jaguh UFC antaranya George St Pierre, Israel Adesanya dan Alex Volkanovski.
Presiden UFC, Dana White sebelum ini mengalu-alukan pertarungan Musk-Zuckerberg dan menganggap ia adalah pertarungan paling menguntungkan dalam sejarah MMA kerana mampu menjana keuntungan sehingga AS$1 bilion (RM4.5 bilion).
Malah, White berkata UFC tiada masalah meminjamkan gelanggangnya di Las Vegas jika pertarungan itu menjadi kenyataan. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Mark Zuckerberg
#lokasi pertarungan
#MMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan