Skip to main content

Dunia

Myanmar usir diplomat kanan Timor-Leste kerana didakwa campur tangan urusan dalaman

Foto: Adobe Stock
Keputusan Myanmar ini sekali lagi mencetuskan ketegangan dalam blok serantau, yang ketika ini sedang berdepan cabaran diplomatik susulan konflik dalaman berpanjangan di Myanmar.

PHNOM PENH: Myanmar mengarahkan Charge d’Affaires Timor-Leste di Yangon, Elisio do Rosario, meninggalkan negara itu dalam tempoh seminggu selepas menuduh beliau mencampuri urusan dalaman Myanmar, lapor media kerajaan The Global New Light of Myanmar.

Kementerian Luar Myanmar memaklumkan bahawa diplomat tersebut telah dipanggil pada 13 Februari dan diarahkan keluar selewat-lewatnya 20 Februari, selaras dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik.

Advertisement

Menurut kenyataan kementerian, tindakan Timor-Leste menerima wakil Chin Human Rights Organisation (CHRO), yang mengemukakan aduan jenayah terhadap anggota tentera Myanmar di Dili pada 14 Januari, disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap prinsip asas dalam Piagam ASEAN dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).

Timor-Leste baru sahaja diterima masuk sebagai anggota ke-11 ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

Keputusan Myanmar ini sekali lagi mencetuskan ketegangan dalam blok serantau, yang ketika ini sedang berdepan cabaran diplomatik susulan konflik dalaman berpanjangan di Myanmar.

Dalam perkembangan berkaitan, Myanmar kini sedang bersiap sedia membentuk kerajaan baharu selepas selesai mengadakan pilihan raya pelbagai parti dalam tiga fasa yang berakhir pada 25 Januari, pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

 

Must Watch Video