DUNIA
Nahas Air India: Pesawat terbang sangat rendah sebelum terhempas - Saksi

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner milik Air India yang dalam perjalanan ke London dan terhempas beberapa minit selepas berlepas pada Khamis. - Gambar/ Reuters
AHMEDABAD: Pesawat Air India terbang dengan sangat rendah sebelum terhempas dan merempuh sebuah asrama kolej perubatan di bandar Ahmedabad pada 12 Jun.
Saksi kejadian Nitin Joshi berkata beliau menjangkakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku sekiranya pesawat tersebut mengekalkan ketinggian di paras yang disifatkannya rendah.
“Saya syak sesuatu akan berlaku sekiranya pesawat (Air India) kekalkan ketinggiannya, dan ternyata jangkaan saya tepat,” katanya kepada Reuters.
Kejadian tragis itu telah meragut nyawa 240 penumpang termasuk krew dan hanya seorang mangsa yang selamat.Media turut menyifatkan ia sebagai bencana terburuk dalam dunia penerbangan dalam sedekad.
Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner milik Air India yang dalam perjalanan ke London dan terhempas beberapa minit selepas berlepas kira-kira jam 1.38 petang waktu tempatan (9.08 pagi BST) pada Khamis.
Antara penumpang dalam pesawat itu ialah 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang warga Kanada.
Perdana Menteri India Narendra Modi, berasal dari Gujerat, melawat tapak itu pada awal pagi Jumaat.
Pembuat pesawat Boeing telah berkata satu pasukan pakar bersedia untuk pergi ke India untuk membantu dalam siasatan, namun Air India berkata siasatan akan mengambil masa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami