awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran burung - Pihak berkuasa

Bernama
Bernama
30/12/2024
11:30 MYT
Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran burung - Pihak berkuasa
Pesawat itu mendarat tanpa gear pendaratan, meluncur di sepanjang landasan sebelum merempuh dinding konkrit dan terbakar. - Gambar fail/ X @theinformant_x
BEIJING: Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sejurus sebelum pendaratan cemas, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita Yonhap pada Isnin.
Menurut laporan itu, juruterbang mengeluarkan isyarat Mayday pada pagi Ahad selepas kejadian pelanggaran burung itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Wilayah Jeolla, kira-kira 288 kilometer barat daya Seoul.
Maklumat itu menyokong andaian bahawa gear pendaratan pesawat Jeju Air Boeing 737-800 mungkin terjejas. Pihak berkuasa memaklumkan bahawa menara kawalan di lapangan terbang itu telah mengeluarkan amaran burung sejurus sebelum nahas berlaku.
Pesawat itu mendarat tanpa gear pendaratan, meluncur di sepanjang landasan sebelum merempuh dinding konkrit dan terbakar.
Pesawat berkenaan membawa 181 orang, dengan 179 daripadanya terbunuh. Dua mangsa yang terselamat adalah anggota kru. Selain dua warga Thailand, semua penumpang adalah rakyat Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas Jeju Air
#nahas pesawat
#Korea Selatan
#punca kejadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan