Skip to main content

Dunia

Nahas pesawat kargo Amazon: Lima mangsa maut berada dalam van syarikat pembersihan

A view of an Amazon Prime Air cargo plane that airport officials said overran a runway at Miami International Airport, in Miami, Florida, U.S., September 6, 2026. REUTERS/Marco Bello
Pesawat kargo itu terbabas dari landasan di lapangan terbang yang terletak di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) sebelum merempuh dua kenderaan. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Kesemua lima mangsa yang maut dalam nahas pesawat kargo Amazon di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada Ahad berada di dalam sebuah van milik syarikat pembersihan yang dirempuh pesawat berkenaan, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Van itu membawa tujuh individu, manakala syarikat pembersihan berkenaan menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan, menurut pejabat syerif tempatan.

Mangsa yang maut berusia antara 47 hingga 75 tahun.

Pesawat kargo itu terbabas dari landasan di lapangan terbang yang terletak di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) pada petang Ahad sebelum merempuh dua kenderaan.

Lima orang maut dan lima lagi cedera dalam nahas itu. Punca kejadian masih belum diketahui.

Pesawat berkenaan berlepas dari Puerto Rico.

Lapangan Terbang Antarabangsa Miami menggantung sementara operasi penerbangan susulan nahas itu.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement