awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara - PM Anwar
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan
Saman sivil SRC: Najib akui RM42 juta dalam akaun peribadi bukan derma dari Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Sulawesi: Enam lagi mayat ditemukan

Bernama
Bernama
22/01/2026
11:20 MYT
Nahas pesawat Sulawesi: Enam lagi mayat ditemukan
Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemukan meningkat kepada sembilan. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan Indonesia menemukan enam lagi mayat dipercayai mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di lereng Bukit Bulusaraung, Sulawesi Selatan.
Seorang pegawai kanan tentera pasukan SAR, Kol. Dody Triyo Hadi berkata setakat 11.46 pagi waktu tempatan, operasi membawa keluar mayat dari lokasi nahas masih dijalankan.
"Lokasi (mayat mangsa) ditemukan dalam lingkungan 50 meter daripada mayat pertama dan kira-kira 250 meter dari puncak bukit," katanya pada sidang media pada Khamis.
Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang ditemukan meningkat kepada sembilan.
Seorang lagi penumpang pesawat peronda Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan masih hilang.
Pesawat itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara sekitar tengah hari pada 17 Jan lepas di Daerah Maros semasa dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas pesawat sulawesi
#pesawat Indonesia terhempas
#pesawat terhempas indonesia
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan