awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr

Bernama
Bernama
26/11/2024
10:41 MYT
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Sara Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat. - AP
MANILA: Penyiasat Filipina pada Selasa memanggil Timbalan Presiden Sara Duterte memberi keterangan mengenai ancamannya untuk membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr jika beliau sendiri dibunuh, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Sepina itu menyatakan yang Duterte dipanggil "untuk memberikan penjelasan mengenai siasatan berhubung ancaman berat yang didakwa di bawah (Akta Pencegahan Jenayah Siber) dan kemungkinan pelanggaran (Akta Antikeganasan)."
Pada Sabtu, Duterte berkata beliau telah bercakap dengan seseorang yang bersetuju untuk membunuh Marcos, wanita pertama dan speaker Dewan Rakyat, yang merupakan sepupu presiden, sekiranya beliau dibunuh.
Dalam satu kenyataan sebelum sepina dikeluarkan terhadapnya, timbalan presiden berkata kenyataannya itu "diambil di luar konteks logiknya."
"Desakan pentadbiran Marcos bahawa nyawa presiden berada di bawah ancaman aktif adalah menakutkan," katanya.
"Tidak ada bukti nyata dan walaupun tanpa siasatan yang boleh dipercayai, pihak berkuasa pula dengan cepat menganggap ini sebagai isu keselamatan negara."
"Akal sehat seharusnya mencukupi untuk kita memahami dan menerima bahawa tindakan balas dendam yang bersifat bersyarat tidak seharusnya dianggap sebagai...ancaman aktif," tambahnya.
"Ini adalah (rancangan) tanpa...asas. Saya yakin siasatan yang jujur akan dengan mudah mendedahkan naratif ini sebagai gurauan, rekaan atau tidak ada apa-apa langsung."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sara Duterte
#Sepina
#politik filipina
#ferdinand mrcos jr
#ancaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan