Tantish merupakan tokoh berpengaruh dalam dunia karate Palestin selama bertahun-tahun, mencurahkan dedikasinya terhadap sukan itu serta memainkan peranan penting dalam pembangunan dan penyebarannya di Gaza.
Beliau turut berjasa dalam melatih dan membimbing generasi baharu atlet sukan itu.
Kehilangannya merupakan satu tamparan besar kepada arena sukan Palestin, yang menyaksikan kematian ramai atlet, pentadbir serta tenaga teknikal akibat konflik yang berterusan.
Sejak bermulanya serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Okt 2023, sekurang-kurangnya 560 atlet Palestin terbunuh, termasuk 250 anggota komuniti bola sepak Palestin dari pelbagai kategori, 259 anggota akademi dan persekutuan sukan yang bernaung di bawah Jawatankuasa Olimpik Palestin, serta 51 ahli Persekutuan Pengakap dan Pandu Palestin.
Selain itu, sebanyak 265 kemudahan sukan dimusnahkan, dengan 184 rosak sepenuhnya manakala 81 mengalami kerosakan sebahagian.
Sebanyak 23 padang sukan pula dimusnahkan sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya.
Meskipun jenayah ini berlaku setiap hari dan serangan udara Israel terus berleluasa, komuniti sukan antarabangsa, termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), masih gagal mengambil tindakan terhadap Israel atau mengeluarkansebarang kecaman atas pelanggaran hak terhadap sukan dan atlet Palestin.
-- BERNAMA
