awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung
Penerangan UMNO cadang tubuh Sayap Digital
Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib kunjungi Presiden Bangladesh

Bernama
Bernama
18/11/2013
23:00 MYT
Najib kunjungi Presiden Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu Presiden Bangladesh, Md Abdul Hamid di Bangabhaban. -- fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Bangladesh, mengunjungi Presiden Bangladesh Md Abdul Hamid di Bangabhaban, iaitu kompleks kediaman rasmi Presiden, di sini Isnin.
Beliau diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman.
Terdahulu, Najib yang juga Menteri Kewangan, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina di pejabatnya bagi membincangkan usaha meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh.
Najib turut melawat Muzium Peringatan Bangabandhu dan tugu peringatan pejuang kemerdekaan Bangladesh di Savar.
Sebagai simbolik hubungan erat antara kedua-dua negara, Najib menanam pokok mangga di memorial itu.
Sementara itu, dalam program berasingan, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan ulang tahun ke-8 Projek Cacat Bibir dan Tekak, sebuah projek usahasama antara Hospital Komuniti Dhaka dan Mercy Malaysia.
Pada sebelah malamnya, Najib dan isteri menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan Sheikh Hasina.
Pada majlis itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tradisional Bangladesh.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#kunjungan
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan