awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAM desak pengunduran kuasa tentera luar rantau dari Caribbean

Bernama
Bernama
19/11/2025
10:48 MYT
NAM desak pengunduran kuasa tentera luar rantau dari Caribbean
Lebih 50 orang dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berterusan yang dijalankan oleh angkatan tentera AS terhadap bot di kawasan Caribbean sejak awal September. - Foto X/ Secretary of War Pete Hegseth
CARACAS: Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada Selasa mengecam kehadiran kuasa tentera luar rantau di Caribbean dan menggesa pengunduran mereka bagi memelihara kestabilan serantau serta antarabangsa, lapor Xinhua.
Pendirian itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikongsi Menteri Luar Venezuela, Yvan Gil menerusi akaun Telegram beliau.
NAM, yang dianggotai 121 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan merupakan blok politik terbesar dari negara-negara Selatan Global, menegaskan komitmennya terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah, sambil menekankan bahawa ancaman, campur tangan dan intimidasi bertentangan dengan prinsip PBB.
Blok itu mengulangi bahawa tindakan ketenteraan bukan pilihan untuk menyelesaikan pertikaian antara negara, sambil menyatakan bahawa "aset tentera luar rantau mesti ditarik balik demi keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau serta antarabangsa."
Negara-negara anggota turut menyatakan sokongan terhadap usaha memelihara keamanan serantau, termasuk mengekalkan Amerika Latin dan Caribbean sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear serta Zon Keamanan, seperti yang diisytiharkan Komuniti Negara-Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) pada 2014.
Gerakan itu turut menggesa kuasa asing supaya bertindak dengan berhemah dan mengelak "kenyataan provokatif serta retorik agresif."
NAM menegaskan bahawa dialog dan diplomasi adalah satu-satunya cara yang berdaya maju untuk menangani sebarang situasi.
Kenyataan itu dikeluarkan tiga bulan selepas Amerika Syarikat menghantar armada tentera laut ke Caribbean atas alasan misi memerangi narkotik, langkah yang dikecam Venezuela sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ancaman kepada kestabilan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NAM
#Amerika Syarikat
#Caribbean
#operasi dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan