awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran berlaku di lokasi persidangan WEF semasa Trump berada dalam bangunan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Namibia sahkan wabak demam berdarah Crimean-Congo selepas berlaku kes kematian

Bernama
Bernama
24/11/2025
21:00 MYT
Namibia sahkan wabak demam berdarah Crimean-Congo selepas berlaku kes kematian
CCHF disebarkan melalui kutu yang dijangkiti, kontak dengan haiwan dijangkiti atau pendedahan kepada cecair badan individu yang dijangkiti. - Gambar NICD South Africa
WINDHOEK: Namibia mengesahkan berlaku wabak demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) selepas ujian makmal mengesahkan kehadiran virus CCHF pada seorang pesakit yang dimasukkan ke hospital pada 18 Nov dan meninggal dunia sehari kemudian di Windhoek, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial menjelaskan, pihaknya mengaktifkan langkah perlu termasuk pengesanan kontak, pemantauan serta intervensi kesihatan awam di peringkat komuniti bagi mengelakkan penularan selanjutnya.
"Kami menggesa orang ramai agar tidak panik kerana semua langkah perlu sedang diambil untuk mengawal keadaan," menurut kenyataan itu.
CCHF ialah penyakit virus berdarah yang serius, disebarkan melalui kutu yang dijangkiti, kontak dengan haiwan dijangkiti atau pendedahan kepada cecair badan individu yang dijangkiti.
Kementerian itu memaklumkan, Namibia sebelum ini merekodkan tujuh kes disahkan dan empat kematian antara 2016 dan 2023.
Orang awam digesa mengurangkan risiko jangkitan dengan memakai pakaian pelindung di kawasan belukar, memeriksa kehadiran kutu selepas aktiviti luar, mengendalikan ternakan dengan selamat, serta mengelakkan kontak rapat dengan kes disyaki atau disahkan.
"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan menyediakan maklumat terkini apabila perlu," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#namibia
#wabak
#jangkitan
#demam berdarah
#crimean-congo
#CCHF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan