awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Narendra Modi gunakan 'Bharat', bukan 'India' bagi plak nama G20

Bernama
Bernama
09/09/2023
13:51 MYT
Narendra Modi gunakan 'Bharat', bukan 'India' bagi plak nama G20
Bharat mengalu-alukan rombongan delegasi sebagai Presiden G20," Agensi Anadolu memetik Modi sebagai berkata dalam bahasa Hindi. - Foto: X @Shehzad_Ind (Shehzad Jai Hind)
NEW DELHI: Plak nama tuan rumah G20 Perdana Menteri Narendra Modi memaparkan perkataan "Bharat," gelaran Sanskrit atau Hindi bagi negara Asia Selatan itu, bukannya India, semasa beliau merasmikan sidang kemuncak G-20 di New Delhi pada Sabtu.
"Bharat mengalu-alukan rombongan delegasi sebagai Presiden G20," Agensi Anadolu memetik Modi sebagai berkata dalam bahasa Hindi.
Kedua-dua istilah, 'Bharat' dan 'India,' digunakan secara rasmi dalam negara dengan populasi sekitar 1.4 bilion orang.
Bagaimanapun, kontroversi tercetus mengenai isu itu minggu ini apabila jemputan makan malam untuk sidang kemuncak Kumpulan 20 merujuk Droupadi Murmu sebagai 'Presiden Bharat' dan bukannya Presiden India.
Tindakan itu mencetuskan perdebatan umum mengenai perkataan yang sepatutnya dipanggil bagi negara itu.
Pembangkang juga memberi amaran supaya tidak menukar nama negara, mendakwa penggunaan Bharat adalah tindak balas kepada pembentukan Perikatan Inklusif Pembangunan Nasional India, atau pakatan INDIA.
Pada Julai, pemimpin daripada 26 parti pembangkang India membentuk pakatan untuk menggulingkan Modi dalam pilihan raya umum 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#G20
#Bharat
#India
#Narendra Modi
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan