INTERNATIONAL
Narendra Modi mulakan penggal ketiga sebagai Perdana Menteri India

Narendra Modi memulakan penggal ketiganya sebagai Perdana Menteri India pada Ahad selepas mengangkat sumpah jawatan untuk memimpin kerajaan yang turut disertai beberapa parti kecil bersama-sama parti pimpinannya, BJP. - Foto REUTERS/Adnan Abidi
NEW DELHI: Narendra Modi memulakan penggal ketiganya sebagai Perdana Menteri India pada Ahad selepas mengangkat sumpah jawatan untuk memimpin kerajaan yang turut disertai beberapa parti kecil bersama-sama parti pimpinannya, Parti Bharatiya Janata (BJP).
Ringkasan AI
- Narendra Modi memulakan penggal ketiganya sebagai Perdana Menteri India dengan sokongan gabungan beberapa parti kecil bersama Parti Bharatiya Janata (BJP).
- Upacara mengangkat sumpah diadakan di Rashtrapati Bhavan oleh Presiden Droupadi Murmu, dihadiri ratusan tetamu termasuk pemimpin luar negara.
- Gabungan Perikatan Demokratik Nasional (NDA) memegang 293 kerusi di parlimen, dengan BJP sendiri memegang 240 kerusi, di bawah majoriti mudah 272 kerusi.
Gabungan Perikatan Demokratik Nasional (NDA) mempunyai 293 kerusi dalam dewan rendah parlimen yang mempunyai 543 anggota.
Jumlah kerusi BJP sendiri adalah 240, jauh daripada majoriti mudah 272 kerusi.
Dua sekutu utamanya -- Parti Telugu Desam (TDP) yang berpangkalan di Andhra Pradesh, diketuai ahli politik veteran Chandrababu Naidu dan Janata Dal-United pimpinan Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar -- bersama-sama mempunyai 28 anggota dalam dewan rendah parlimen, Lok Sabha.
Majlis itu dihadiri oleh ratusan tetamu jemputan termasuk pemimpin-pemimpin luar seperti, Presiden Maldives Mohamed Muizzu, Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe, Naib Presiden Seychelles Ahmed Afif, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, Perdana Menteri Mauritius Pravind Kumar Jugnauth, Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal "Prachanda" dan Perdana Menteri Bhutan Tshering Tobgay.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami