awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NASA jangka manusia boleh tinggal di bulan dalam tempoh terdekat

Agensi
Agensi
26/11/2022
06:06 MYT
NASA jangka manusia boleh tinggal di bulan dalam tempoh terdekat
Antara faktor yang mendorong misi untuk kembali ke Bulan adalah untuk mengetahui sama ada terdapat air di kutub selatan satelit. - Reuters
MANUSIA dijangka boleh tinggal di bulan untuk tempoh yang lama dalam 10 tahun ini, kata seorang pegawai NASA kepada BBC.
Howard Hu, yang mengetuai program kapal angkasa Orion untuk agensi itu berkata, pelancaran roket Artemis yang membawa Orion Rabu lalu, adalah hari bersejarah untuk industri angkasa lepas.
Orion kini berada kira-kira 134,000km (83,300 batu) dari bulan.
Roket Artemis dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy sebagai sebahagian daripada misi NASA untuk membawa semula angkasawan ke satelit Bumi.
Ia susulan dua percubaan pelancaran sebelumnya pada Ogos dan September yang dibatalkan kerana masalah teknikal.
Jika penerbangan Artemis berjaya, penerbangan seterusnya akan membawa anak kapal, diikuti oleh penerbangan ketiga di mana angkasawan akan mendarat di bulan sekali lagi sejak Apollo 17 pada Disember 1972.
"Sudah tentu dalam dekad ini, kita akan melihat manusia hidup (di bulan). Mereka akan hidup, mempunyai habitat dan bebas bergerak.
"Jadi, ini bukan sahaja tentang menghantar orang ke bulan dan membawa mereka turun ke permukaan bulan," katanya kepada BBC.
Tetapi pada akhirnya, projek itu adalah mengenai sains.
Antara faktor yang mendorong misi untuk kembali ke Bulan adalah untuk mengetahui sama ada terdapat air di kutub selatan satelit, kerana ia boleh ditukar bagi menyediakan bahan api untuk misi yang lebih sukar, seperti ke Marikh.
"Sangat penting bagi kita untuk belajar sedikit berkenaan luar orbit bumi dan kemudian mengambil langkah besar apabila kita pergi ke Marikh," ujarnya.
Kapsul Orion akan kembali ke bumi pada 11 Disember.
Topic Berkaitan
#NASA
#Angkasa Lepas
#bulan
#manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan