BEIJING: Nasi lemak, durian dan sate antara makanan popular Malaysia yang menjadi 'rebutan' rakyat China khususnya di Beijing dan komuniti kedutaan pada 'Malaysia Truly Asia Festival 2022 Food Week' di sini yang bermula semalam hingga Selasa ini.
Zhou Xin, 55, dari Beijing yang mengetahui program itu daripada rakannya berkata beliau rambang mata apabila melihat pelbagai jenis makanan yang baginya kelihatan menarik dan mempunyai rasa berbeza.
Sambil teruja menunjukkan sebiji durian, Zhou turut menyatakan hasratnya untuk berkunjung ke Malaysia selepas sempadan negaranya dibuka sepenuhnya.
"Saya tidak pernah ke Malaysia. Ke mana sahaja saya pergi, saya akan cuba menikmati setiap makanan di tempat itu.
"Saya sangat teringin ke Malaysia. Jika rakan rakyat Malaysia boleh membantu saya mencari makanan di sana nanti, saya rasa kunjungan saya sememangnya berbaloi," katanya yang sempat menikmati nasi ayam dan nasi lemak.
Kira-kira 200 orang menghadiri program di China World Hotel, di tengah-tengah kota Beijing itu semalam dengan lebih 50 aneka makanan dan kuih-muih tradisi Malaysia dihidangkan secara bufet.
Antara menu yang turut dihidangkan sepanjang minggu makanan berkenaan ialah nasi tomato, nasi ayam Ipoh, rendang daging, roti jala, roti canai, ais kacang, kuih ketayap, kuih seri muka dan kuetiau goreng.
Duta Austria ke China Andreas Riecken berkata beliau mendapati produk berasaskan durian seperti aiskrim dan tiramisu sangat sedap dan unik serta harus dicuba rakyat China yang datang ke minggu makanan berkenaan.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin yang melancarkan program itu berkata ia merupakan jendela untuk rakyat China mengenali Malaysia dengan lebih dekat terutama dari aspek makanan.
"Kita mahu mereka merasakan makanan yang betul-betul asli dan boleh membangkitkan hasrat mereka untuk datang ke Malaysia setelah sempadan China dibuka sepenuhnya," katanya.
Minggu makanan berkenaan merupakan sebahagian daripada program Malaysia Truly Asia Festival 2022 yang dianjurkan Kedutaan Malaysia di China, Tourism Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (MAYCHAM) di China bermula 15 hingga 31 Ogos ini bersempena Hari Kebangsaan.
Selain minggu makanan, antara program lain yang telah dianjurkan ialah Pameran Seni Peranakan serta Forum Kesihatan dan Nutrisi Minyak Sawit ke-17 manakala majlis resepsi bersempena Hari Kebangsaan pula akan diadakan pada 31 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022
Zhou Xin menunjukkan sebihi durian ketika 'Malaysia Truly Asia Festival 2022 Food Week' yang diadakan di Beijing. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
Netizen persoal 'influencer' masak nasi lemak gaul rata semua bahan
Netizen mengkritik resepi yang diguna pakai kerana ia jelas bukan seperti resepi nasi lemak di Malaysia.
Sudah 5 kali datang Malaysia, Lenka suka makan laksa
Penyanyi kelahiran Australia, Lenka mengakui menggemari beberapa juadah popular di Malaysia antaranya laksa dan nasi lemak.
Nasi lemak, durian jadi 'rebutan' pada minggu makanan Malaysia di Beijing
Antara menu yang turut dihidangkan sepanjang minggu makanan berkenaan ialah nasi tomato, nasi ayam Ipoh, rendang daging, roti jala, roti canai, ais kacang, kuih ketayap, dan kuih seri muka.
Lelaki tular di media sosial maki hamun peniaga nasi lemak didakwa
J. Shyamalan, 33, seorang ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Sebab bukan hanya 23 burger laku di DoplohTiga
Peniaga burger di tepi jalan mendedahkan ada sebabnya kenapa lebih 23 biji burger laku di restoran burger DoplohTiga setiap hari sekali pun semasa makan di dalam restoran tidak dibenarkan semasa PKP.
'Cabaran Nasi Lemak' di Bangkok ubati kerinduan perantau Malaysia
"Cabaran Jaguh Nasi Lemak" yang pertama kali diadakan di sini, mengubati kerinduan anak rantau Malaysia yang menetap di Thailand terhadap makanan kegemaran rakyat di tanah air itu.
Realiti miskin bandar, terus berusaha demi kehidupan lebih baik
Bertemu beberapa peniaga kecil di PPR Kerinchi pada Isnin, ternyata ramai antara mereka berjiwa besar, berusaha sedaya mampu demi kelangsungan hidup.
Nasi Lemak Marrybrown masuk carta MBOR
1 Ogos dijadikan sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown, mulai tahun ini.
Penjual nasi lemak kumpul Volvo kerana hobi
Kerana minat yang mendalam terhadap kereta klasik jenis Volvo 122 Amazon, seorang peniaga nasi lemak di Senggarang sanggup berhabis untuk membeli 10 kereta jenis berkenaan demi hobinya itu.