awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasib si orangutan, terkurung di sebalik jeriji besi

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2023
20:45 MYT
Nasib si orangutan, terkurung di sebalik jeriji besi
Ada yang pernah menjadi haiwan sarkas, peliharaan, diselamatkan daripada kebakaran hutan atau kurang upaya akibat pemburuan haram. - Foto hiasan/unsplash.com
TERKURUNG ketat di sebalik jeriji besi.
Ini nasib yang perlu dihadapi puluhan ekor orangutan di Pusat Pemulihan Yayasan Penyelamat Orangutan Borneo di Samboja Lestari, Borneo Timur, Indonesia.
Walaupun ada yang menikmati buah-buahan dan berehat dalam sangkar, tetapi haiwan ini perlu terima hakikat bahawa mereka tidak boleh dilepaskan semula ke dalam hutan.
Semua orangutan ini mempunyai sejarah sukar.
Ada yang pernah menjadi haiwan sarkas, peliharaan, diselamatkan daripada kebakaran hutan atau kurang upaya akibat pemburuan haram.
Menurut Pengurus Pusat Pemulihan Yayasan Penyelamat Orangutan Borneo, Aldrianto Prima Jati, lebih 70 ekor tidak boleh dibebaskan ke alam liar kerana mereka akan berjuang untuk terus hidup.
"Tidak semua boleh dilepaskan ke alam liar kerana beberapa keadaan yang menghalang mereka untuk kembali ke habitat semula jadi.
"Contohnya, orangutan kurang upaya, mereka yang tingkah lakunya, tidak lagi boleh menjadi liar. Selain itu, mereka yang menghidap pelbagai jenis penyakit berjangkit, takut mereka akan menularkan penyakit itu kepada orang utan liar yang lain, jika dilepaskan ke hutan," katanya memetik laporan AP.
Semua orangutan yang ditempat di pusat pemulihan itu menjalani penilaian yang teliti sebelum diputuskan sama ada layak untuk kembali ke habitat asal atau tidak.
Tetapi bagi haiwan yang tidak dapat dilepaskan, ia ada harapan untuk kehidupan yang lebih normal.
Menjelang 2035, pusat pemulihan itu merancang agar tiada lagi orangutan akan tinggal di dalam sangkar.
Pusat Pemulihan Yayasan Penyelamat Orangutan Borneo merupakan yang terbesar di dunia.
Pusat pemulihan itu mempunyai kemudahan saintifik untuk memantau kesihatan orangutan.
Topic Berkaitan
#orangutan
#haiwan liar
#Samboja Lestari
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan