awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Asia Barat gesa Pakistan, Afghanistan redakan ketegangan

Bernama
Bernama
12/10/2025
20:15 MYT
Negara Asia Barat gesa Pakistan, Afghanistan redakan ketegangan
Abbas (gambar) antara yang turut menyeru Islamabad dan Kabul agar menahan diri susulan ketegangan di sempadan yang memuncak sehingga mencetuskan pertempuran. - Foto fail/AP
KARACHI: Beberapa negara Asia Barat pada Ahad menggesa Pakistan dan Afghanistan supaya menahan diri susulan ketegangan di sempadan yang memuncak sehingga mencetuskan pertempuran semalaman antara pasukan keselamatan kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi.
Arab Saudi, negara yang baru-baru ini menandatangani perjanjian pertahanan bersama dengan Pakistan, menggesa kedua-dua pihak untuk mengelakkan peningkatan ketegangan dan mengutamakan dialog.
"Kerajaan Arab Saudi menggesa semua pihak untuk menahan diri, mengelakkan peningkatan ketegangan dan mengutamakan dialog serta kebijaksanaan bagi membantu meredakan ketegangan serta mengekalkan keselamatan serta kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan Kementerian Luar.
"Kerajaan turut menegaskan sokongannya terhadap semua usaha serantau dan antarabangsa yang bertujuan mempromosikan keamanan dan kestabilan, serta komitmen berterusannya untuk menjamin keselamatan demi mencapai kestabilan dan kemakmuran untuk rakyat Pakistan dan Afghanistan yang bersaudara," tambah kenyataan itu.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi turut menyeru Islamabad dan Kabul agar menahan diri.
"Pendirian kami ialah kedua-dua pihak mesti menahan diri," kata Araghchi dalam satu temu bual dengan stesen televisyen negara pada Sabtu, sambil menambah bahawa "kestabilan" antara kedua-dua negara "menyumbang kepada kestabilan serantau."
Qatar turut menggesa kedua-dua pihak agar mengutamakan dialog, diplomasi dan menahan diri, serta berusaha menyelesaikan perbezaan dengan cara yang dapat membantu meredakan keadaan dan mengelakkan peningkatan ketegangan.
Kenyataan Kementerian Luar Qatar berkata ia menyokong semua usaha serantau dan antarabangsa yang bertujuan untuk mengukuhkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta mengesahkan komitmennya untuk memastikan keselamatan dan kemakmuran bagi rakyat kedua-dua negara.
Pada Sabtu, pasukan keselamatan sempadan Pakistan dan Afghanistan terlibat dalam bedilan artileri sambil saling menuduh pihak satu lagi mencetuskan ketegangan di sempadan.
Kedua-dua negara yang berkongsi sempadan sepanjang 2,640 kilometer yang mudah ditembusi itu mendakwa telah menyebabkan kerugian besar antara satu sama lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Konflik Pakistan-Afghanistan
#Arab Saudi
#Qatar
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan