awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencuri larikan kereta, tidak sedar remaja perempuan duduk belakang
Guru didakwa gunting tudung pelajar dipindahkan ke sekolah lain - Pengarah Pendidikan Sabah
Peru isytihar darurat di 134 daerah susulan hujan lebat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara pengeluar vaksin COVID-19 terbesar dunia kini kekurangan bekalan di tempat sendiri

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2021
04:40 MYT
Negara pengeluar vaksin COVID-19 terbesar dunia kini kekurangan bekalan di tempat sendiri
India mencatatkan jumlah kes harian tertinggi pada Jumaat, iaitu sebanyak 217,353 kes, manakala jumlah keseluruhan kes melepasi 14 juta. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR: India sebagai negara pengeluar vaksin COVID-19 terbesar dunia kini mengalami kesukaran untuk menyediakan dos yang mencukupi bagi penduduknya, selepas negara itu dilanda gelombang kedua pandemik berkenaan.
Agensi CNN melaporkan, gelombang kedua yang bermula pada Mac lepas menyaksikan negara itu mencatatkan jumlah kes harian tertinggi pada Jumaat, iaitu sebanyak 217,353 kes, berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan India.
Menurut laporan itu lagi, dalam tempoh kurang dari seminggu, India telah mencatatkan sekitar satu juta kes baharu dan melepasi jumlah keseluruhan kes 14 juta pada Khamis.
“Negeri dan bandar-bandar utama telah melaksanakan sekatan baharu, termasuk perintah berkurung pada hujung minggu dan waktu malam di Delhi, yang menempatkan sekitar 19 juta penduduk.
“Pekerja migran juga telah meninggalkan bandar-bandar utama dan pulang ke kampung halaman kerana khuatir perintah berkurung akan menyebabkan pergerakan mereka tersekat. Dan sekurang-kurangnya lima negeri mengalami kekurangan dos, dan memohon tindakan Kerajaan India dengan segera,” menurut laporan itu lagi.
Ekoran krisis gelombang kedua itu, CNN melaporkan, kerajaan India telah mengalihkan tumpuan daripada menyediakan dos vaksin untuk COVAX dan mula memberi keutamaan kepada penduduk sendiri.
Pada Mac lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, penghantaran vaksin COVID-19 oleh Serum Institute of India (SII) kepada negara- negara ekonomi berpendapatan rendah akan mengalami kelewatan antara Mac hingga April.
Untuk rekod, India menghasilkan 60 peratus daripada keseluruhan vaksin global dan menempatkan SII, iaitu pengeluar vaksin terbesar dunia.
Melalui perjanjian COVAX yang dimeterai pada tahun lepas, SII akan menghasilkan 200 juta dos untuk 92 negara peserta.
Ketika ini, India telah menghasilkan 28 juta dos vaksin AstraZeneca, dan perlu mengikut jadual untuk menyediakan 40 juta dos untuk Mac, dan 50 juta dos untuk April.
Menurut laporan itu lagi, ini bukan kali pertama India menghentikan sementara sumbangannya dalam COVAX.
Ketua Pegawai Eksekutif SII, Adar Poonawalla dipetik sebagai berkata, kerajaan telah menghadkan eksport AstraZeneca kerana mereka mahu mengutamakan kepada golongan yang rentan dan lebih memerlukan.
Topic Berkaitan
#India
#negara pengeluar vaksin
#pengeluar vaksin terbesar
#COVID-19
#WHO
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#perintah berkurung
#vaksin
#AstraZeneca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan