awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia beri lampu hijau teruskan pencarian MH370, Ocean Infinity terajui operasi
Polis Selangor rekod 258,345 penyelesaian saman trafik bernilai lebih RM19 juta
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek berusia 70 tahun terkejut diberi dua dos AstraZeneca pada hari sama

Agensi
Agensi
18/08/2021
06:34 MYT
Nenek berusia 70 tahun terkejut diberi dua dos AstraZeneca pada hari sama
Bangkok Post yang memetik hantaran Facebook yang dikongsi oleh cucu wanita itu melaporkan, Somwang Juku diberi dua dos suntikan pada 14 Ogos lalu.
BANGKOK: Seorang warga emas berusia 70 tahun di Thailand dilaporkan diberikan dua dos suntikan AstraZeneca secara tidak sengaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Muang, pada hari yang sama.
Bangkok Post yang memetik hantaran Facebook yang dikongsi oleh cucu wanita itu melaporkan, Somwang Juku diberi dua dos suntikan pada 14 Ogos lalu.
"Pagi ini saya menerima panggilan daripada kakitangan perubatan yang bertanya khabar mengenai keadaan nenek saya. Dia sihat dan terima kasih atas keprihatinan semua," menurut muat naik Facebook itu.
Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan, Somwang memberitahu yang dia ke PPV berkenaan bersama suami dan anak lelakinya, Boonsong untuk mendapatkan vaksin.
Menurutnya, kesemua mereka menerima janji temu untuk dos mix and match AstraZeneca selepas menerima dos pertama Sinovac pada 24 Julai lalu.
Namun begitu, katanya, selepas proses dokumentasi selesai, kesemua mereka berpecah ke zon berasingan untuk diberi suntikan.
"Saya menerima suntikan pertama di tangan kanan dan diminta untuk menunggu sebelum jururawat itu meninggalkan tempat itu bersama dokumen saya.
"Ketika berjalan keluar, saya dipanggil oleh seorang lagi jururawat dan meminta saya untuk duduk di meja berasingan.
"Tanpa soal siasat, jururawat itu terus memberikan satu lagi dos di lengan kiri. Saya hanya mengiyakan tanpa bercakap apa-apa kerana tidak sedar dan tidak pasti ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Sebaik keluar dari PPV berkenaan, wanita itu memaklumkan perkara itu kepada Boonsong, yang terkejut selepas mendengarnya.
Anak lelakinya itu bagaimanapun tidak memaklumkan perkara itu kepada pegawai perubatan atau kakitangan PPV memandangkan ibunya tidak menunjukkan sebarang simptom yang merisaukan.
Dia hanya mengalami gejala ringan seperti demam, rasa letih dan mengantuk namun mengakui risau.
Boonsong yang juga peguam memberitahu, pada ketika ini dia masih lagi belum mempertimbangkan sebarang tindakan undang-undang dan mendapat pendekatan tunggu dan lihat keadaan ibunya itu dahulu.
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#Bangkok
#dos pertama
#PPV
#Thailand
#warga emas
#dua dos
#mix and match
#vaksin
#COVID-19
#bangkok post
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan