Skip to main content

Dunia

Nepal tubuh pasukan selaras pencarian warga asing

A drone view shows mud covering properties following a flash flood at Trishuli in Nuwakot district, Nepal, August 26, 2026. REUTERS/Stringer
Menurut pihak berkuasa tempatan, banjir dahsyat pagi Rabu itu telah meragut 389 nyawa setakat Khamis. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Nepal menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) bagi menyelaraskan usaha melibatkan warga asing yang terjejas atau dilaporkan hilang susulan banjir dahsyat di Sungai Bhotekoshi, Rasuwa.

Menurut laporan Himalayan Times yang memetik kenyataan kementerian itu, pasukan tersebut akan bertindak sebagai mekanisme penyelarasan pusat untuk mengesahkan maklumat, menyokong operasi mencari dan menyelamat serta memberikan bantuan konsular kepada warga asing yang terjejas akibat bencana itu.

ERT akan mengumpulkan maklumat mengenai warga asing yang terjejas, menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan serta berkongsi maklumat terkini yang telah disahkan dengan keluarga dan perwakilan diplomatik mereka.

Kementerian itu menggesa perwakilan diplomatik, pertubuhan antarabangsa, keluarga dan orang ramai supaya melaporkan maklumat mengenai warga asing yang terjejas atau hilang menerusi talian +977-9744441227 atau +977-9744441228 (telefon/WhatsApp) atau e-mel [email protected].

Menurut pihak berkuasa tempatan, banjir dahsyat pagi Rabu itu telah meragut 389 nyawa setakat Khamis.

Sekurang-kurangnya 31 orang diselamatkan, manakala lebih 800 yang lain termasuk ratusan pelancong asing yang kebanyakannya dari India dan Nepal, masih belum ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jumlah rakyat Malaysia yang masih belum ditemui dalam bencana itu menunggu pengesahan pihak berkuasa Nepal.

-- BERNAMA 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement