awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan

Agensi
Agensi
27/12/2025
21:45 MYT
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Perdana Menteri Netanyahu (kiri) dijadual berangkat ke Amerika Syarikat hari ini dan akan bertemu Presiden Trump di Florida sehari kemudian. - Gambar fail Reuters
JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadual berangkat ke Amerika Syarikat (AS) hari ini (28 Dis) dan akan bertemu Presiden Donald Trump di Florida sehari kemudian, menurut seorang pegawai Israel kepada AFP.
Ini merupakan pertemuan kelima Netanyahu bersama Trump di Amerika Syarikat untuk tahun ini.
Lawatan tersebut berlangsung ketika pentadbiran Trump dan pihak pengantara serantau berusaha menggerakkan fasa kedua pelaksanaan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza.
Trump sebelum ini memberitahu media bahawa Netanyahu berhasrat bertemu beliau semasa cuti Krismas.
“Dia mahu berjumpa saya. Belum ada aturan rasmi, tetapi dia (Netanyahu) mahu bertemu,” kata Trump sebelum berlepas ke resort Mar-a-Lago.
Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan, perbincangan dijangka merangkumi pelbagai isu serantau termasuk ancaman Iran, rundingan keselamatan Israel-Syria, gencatan senjata dengan Hezbollah di Lubnan serta langkah seterusnya dalam perjanjian Gaza.
Kemajuan ke fasa kedua gencatan senjata Gaza yang dimeterai Oktober lalu masih perlahan.
Perjanjian yang diusahakan Washington dan sekutu serantau itu kekal rapuh dengan kedua-dua pihak saling menuduh berlaku pelanggaran, sementara pengantara bimbang Israel dan Hamas cuba melengahkan proses damai.
Di bawah fasa kedua, Israel dijangka berundur dari kedudukan di Gaza, sebuah pihak berkuasa interim akan mentadbir wilayah Palestin menggantikan Hamas, dan pasukan penstabilan antarabangsa (ISF) akan dikerahkan. Ia turut menetapkan Hamas meletakkan senjata – satu isu paling kontroversi.
Menurut laporan Axios, pertemuan Netanyahu-Trump adalah kunci untuk mempercepat pengumuman kerajaan teknokrat Palestin bagi Gaza dan penempatan “Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF).
Bagaimanapun, pegawai White House dilaporkan semakin kecewa dengan langkah Netanyahu yang didakwa melemahkan gencatan senjata dan melengahkan proses damai.
Yedioth Ahronoth turut melaporkan kebimbangan terhadap usaha Iran membina semula program nuklear dan keupayaan peluru berpandu balistik dijangka menjadi agenda utama Netanyahu dalam pertemuan itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
#Netanyahu jumpa Trump
#Gencatan senjata Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan