awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Delhi bandar paling tercemar di dunia tahun ketiga berturut-turut

Agensi
Agensi
17/03/2021
04:11 MYT
New Delhi bandar paling tercemar di dunia tahun ketiga berturut-turut
Pemandangan di sekitar Lodhi Garden, New Delhi pada Disember tahun lalu yang menunjukkan paras pencemaran udara yang teruk. - Reuters
NEW DELHI: New Delhi berada di kedudukan teratas dalam senarai bandar paling tercemar di dunia bagi tahun ketiga berturut-turut pada tahun 2020, menurut IQAir, iaitu agensi dari Switzerland yang mengukur tahap kualiti udara.
Penilaian itu berdasarkan ukuran partikel udara PM2.5 yang mengancam sistem pernafasan manusia.
Reuters melaporkan, India memiliki 35 daripada 50 bandar yang paling tercemar, berdasarkan laporan Kualiti Udara Dunia 2020 IQAir.
Senarai itu adalah berpandukan bacaan purata PM2.5 tahunan, yang mengukur partikel udara yang diameternya lebih halus daripada 2.5 mikron. Pendedahan berterusan pada PM2.5 boleh menjurus kepada penyakit yang membawa maut, termasuk kanser dan masalah kardiak.
Pada 2020, bacaan purata kepadatan tahunan PM2.5 di New Delhi dalam satu meter kubik adalah 84.1, iaitu lebih dari dua kali ganda paras yang direkodkan di Beijing, yang mencatatkan purata 37.5.
Beijing berada di kedudukan ke-14 bandar paling tercemar di dunia.
Pencemaran udara mengakibatkan sekitar 54,000 kes kematian kelahiran pra-matang di New Delhi pada 2020, menurut kajian Analisis Greenpeace Asia Tenggara dan IQAir.
Meskipun terdapat pengurangan 11 peratus dalam purata bacaan PM2.5 tahunan berikutan perintah berkurung semasa pandemik COVID-19 tahun lalu, India tetap dalam senarai tiga negara paling teruk tercemar di dunia selepas Bangladesh dan Pakistan.
Tahun lalu, penduduk Delhi yang berjumlah 20 juta orang, dapat sempat menikmati kualiti udara yang bersih sepanjang bulan-bulan musim panas kerana pelaksanaan perintah berkurung. Kelebihan itu tidak lama apabila terpaksa berdepan udara toksik pada musim sejuk, berikutan peningkatan insiden kebakaran ladang di negeri Punjab.
Topic Berkaitan
#New Delhi
#India
#pencemaran udara
#pencemaran
#jerebu
#kualiti udara
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan