WELLINGTON: Penduduk New Zealand mengalami kekurangan bekalan telur ayam sejak lebih sebulan yang turut menjejaskan hidangan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
Bekalan itu berkurangan di seluruh New Zealand terutama di pasar raya dan kedai sayur-sayuran di bandar-bandar besar yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga New Zealand, lapor Xinhua.
Pada 2012, kerajaan melaksana undang-undang yang menghapuskan telur sangkar secara berperingkat pada penghujung 2022 yang merupakan perubahan ketara dalam industri bekalan telur.
Walaupun telur dalam sangkar dihentikan secara berperingkat, namun berlaku penurunan bekalan secara menyeluruh.
Rangkaian pasar raya utama juga berusaha menangani penurunan bekalan itu.
Antara peruncit terbesar di negara itu, PAK'nSAVE dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pembekal bagi memenuhi sasaran untuk menjadi pembekal telur bebas sangkar sepenuhnya menjelang 2027.
Menurut kenyataan itu PAK'nSAVE bekerjasama rapat dengan pembekal untuk membantu mengurus peralihan bagi mengembalikan bekalan telur di kedai mereka kembali ke paras normal secepat mungkin.
Satu lagi rangkaian pasar raya Countdown pada Jumaat berkata mereka bekerjasama dengan petani sejak 2016 untuk bersiap sedia menghadapi penghapusan telur sangkar bateri dan koloni secara berperingkat.
Pada 2017, Countdown mengumumkan bahawa ia akan menghapuskan telur sangkar koloni secara berperingkat di Pulau Utara menjelang akhir 2024 dan di Pulau Selatan menjelang akhir 2025.
Cabaran bekalan semasa juga disebabkan oleh gangguan ketara yang dialami petani New Zealand dalam beberapa tahun kebelakangan ini seperti COVID-19 yang menyebabkan peningkatan dan penurunan yang ketara dalam permintaan untuk telur, kata Countdown.
Faktor antarabangsa yang berkaitan dengan perang menyebabkan lonjakan besar-besaran dalam harga makanan dan gangguan rantaian bekalan telah menjadikan ia mencabar bagi petani untuk mendapatkan bahan binaan yang diperlukan untuk sistem penternakan bagi menghasilkan telur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Pada 2012, kerajaan New Zealand melaksana undang-undang yang menghapuskan telur sangkar secara berperingkat pada penghujung 2022 yang merupakan perubahan ketara dalam industri bekalan telur.- Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.
Tiga muka baru perkuat Harimau Malaya berdepan New Zealand
27 pemain menerima panggilan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand.
New Zealand cipta rekod dunia haka Maori terbesar, rampas semula gelaran
Penganjur berkata 6,531 orang mempersembahkan haka paling terkenal di negara itu, Ka Mate, pada petang Ahad.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.
Juruterbang New Zealand diculik pemberontak terbang ke Jakarta
Tahap kesihatan Mehrtens dilaporkan stabil, meskipun juruterbang itu kehilangan berat badan yang ketara.
Ratu Maori New Zealand yang baharu dimasyhurkan menjelang pemakaman ayahanda
Anak bongsu dan anak perempuan tunggal Raja Maori New Zealand dimasyhurkan sebagai Ratu Maori yang baharu pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.
Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand
Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan tiga orang sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand.
New Zealand, Malaysia dan Singapura meterai MoU untuk tingkatkan kerjasama ekonomi
Ia adalah kerjasama ekonomi antara tiga negara, memfokuskan kepada perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan.
Malaysia, New Zealand zahir kebimbangan situasi kemanusiaan di Gaza
Malaysia dan New Zealand hari ini melahirkan kebimbangan serius terhadap situasi kemanusiaan di Gaza.