awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand buka semula visa mastautin

Bernama
Bernama
12/10/2022
21:00 MYT
New Zealand buka semula visa mastautin
Visa kediaman Kategori Migran Mahir menyediakan laluan untuk mengekalkan majoriti pekerja kemahiran yang sangat diperlukan di New Zealand. - Gambar hiasan/ Pixbay
WELLINGTON: Kerajaan New Zealand mengumumkan pembukaan semula dua kategori visa mastautin di sebalik kekurangan tenaga kerja global.
Kategori Migran Mahir semasa telah disambung semula untuk membantu menarik lebih ramai pekerja. Permohonan kategori ini terhenti apabila wabak COVID-19 bermula lebih dua tahun lepas.
Sementara itu, akses kepada Visa Kategori Ibu Bapa juga buka semula untuk meningkatkan bilangan visa ibu bapa permastautin yang diluluskan setiap tahun, selain menurunkan had pendapatan. Kategori ini dihentikan pada 2016.
Visa kediaman Kategori Migran Mahir menyediakan laluan untuk mengekalkan majoriti pekerja kemahiran yang sangat diperlukan di New Zealand, kata Menteri Imigresen Michael Wood dalam ucapan di Auckland, lapor Xinhua.
Perubahan yang dicadangkan itu, termasuk sistem mata yang lebih mudah, akan menetapkan had kelayakan yang jelas, adil dan telus serta menawarkan beberapa cara untuk orang ramai menunjukkan tahap kemahiran masing-masing, kata Wood.
Sistem baharu itu akan menambah baik masa pemprosesan dan tidak akan ada had bilangan orang yang boleh mendapat taraf pemastautin setiap tahun jika mereka memenuhi tahap kemahiran, kata menteri itu.
Pembukaan semula Visa Kategori Ibu Bapa bermakna lebih banyak penyatuan semula anggota keluarga, kata Wood, sambil menambah bahawa jumlah visa tahunan juga akan meningkat kepada 2,500 setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#visa mastautin
#New Zealand
#visa pekerja
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan