Skip to main content

Dunia

Gangguan komunikasi kawalan trafik udara lumpuhkan penerbangan di seluruh AS

Seorang penumpang melihat papan maklumat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma selepas FAA AS mengeluarkan arahan menghentikan semua penerbangan di seluruh negara. - Foto REUTERS
Seorang penumpang melihat papan maklumat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma selepas FAA AS mengeluarkan arahan menghentikan semua penerbangan di seluruh negara. - Foto REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Semua penerbangan di Amerika Syarikat (AS) digantung sementara pada Jumaat susulan gangguan sistem komunikasi kawalan trafik udara, menyebabkan operasi di beberapa lapangan terbang utama negara itu terjejas.

Pihak berkuasa penerbangan AS mengeluarkan arahan menghentikan semua penerbangan atas alasan keselamatan selepas berlaku masalah yang menjejaskan komunikasi dalam sistem kawalan trafik udara negara.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS bagaimanapun berkata tiada petunjuk bahawa insiden itu berpunca daripada sebarang serangan terhadap negara berkenaan.

Advertisement

“Setakat ini, tiada tanda-tanda insiden ini berkaitan serangan terhadap AS. Semua orang berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beberapa lapangan terbang utama di seluruh negara mengesahkan pelaksanaan arahan pemberhentian penerbangan sementara itu, yang dijangka menyebabkan kelewatan dan gangguan kepada ribuan penumpang.

Advertisement

Punca sebenar masalah komunikasi berkenaan masih dalam siasatan, manakala pihak berkuasa penerbangan dan teknikal sedang berusaha memulihkan sistem yang terjejas.

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi mengenai bila arahan penggantungan penerbangan itu akan ditarik balik.

Gangguan berkenaan mencetuskan kebimbangan terhadap rangkaian penerbangan domestik dan antarabangsa AS, memandangkan negara itu mengendalikan antara jumlah trafik udara paling sibuk di dunia.

Pihak berkuasa meminta penumpang supaya memantau perkembangan terkini daripada syarikat penerbangan masing-masing sebelum menuju ke lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement