awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
Raja Jordan terima undangan Trump sertai Lembaga Keamanan Gaza
Penduduk gesa tindakan segera atasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Teratai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand catat kehilangan migrasi bersih terbesar ke Australia sejak 2012

Bernama
Bernama
10/07/2025
20:45 MYT
New Zealand catat kehilangan migrasi bersih terbesar ke Australia sejak 2012
Golongan muda dewasa berumur antara 20 hingga 39 tahun menyumbang 51 peratus daripada pemergian warganegara New Zealand pada 2024. - Unsplash
WELLINGTON: New Zealand mencatatkan kehilangan migrasi bersih seramai 30,000 orang ke Australia setakat Disember 2024, lapor Xinhua pada Khamis dengan memetik jabatan statistik Stats NZ.
Angka ini hampir sama dengan kehilangan seramai 29,400 orang pada 2023 dan merupakan kerugian bersih tahunan tertinggi sejak 2012, walaupun masih di bawah rekod tertinggi 43,700 yang dicatatkan pada Mac 2012, kata jurucakap statistik migrasi antarabangsa Stats NZ, Sarah Drake.
Kehilangan migrasi bersih ke Australia pada 2024 didorong oleh 47,300 pemergian dan 17,300 ketibaan, meneruskan corak kerugian bersih tahunan purata 30,000 dari tahun 2004 hingga 2013, yang kemudian menurun kepada kira-kira 3,000 setahun antara 2014 hingga 2019, kata Drake.
Warganegara New Zealand menjadi kumpulan utama dalam migrasi rentas Tasman pada 2024, merangkumi 85 peratus pemergian ke Australia dan 67 peratus ketibaan.
Daripada mereka yang berhijrah ke Australia, 35 peratus dilahirkan di luar negara, lebih tinggi daripada kadar kebangsaan individu kelahiran luar negara iaitu 29 peratus pada 2023, menurut statistik.
Golongan muda dewasa berumur antara 20 hingga 39 tahun menyumbang 51 peratus daripada pemergian warganegara New Zealand pada 2024, dengan 58 peratus daripada semua penghijrah warganegara menuju ke Australia, menurut Stats NZ.
New Zealand mencatatkan keuntungan migrasi bersih seramai 54,100 dari seluruh dunia pada 2024, yang melebihi kerugian ke Australia, walaupun masih jauh lebih rendah daripada rekod 157,300 pada 2023, katanya.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#migrasi bersih
#hijrah
#warganegara
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan