awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand, Korea Selatan umum sekatan baharu ke atas Rusia

Agensi
Agensi
07/03/2022
05:08 MYT
New Zealand, Korea Selatan umum sekatan baharu ke atas Rusia
Ardern juga mengeluarkan senarai nama 100 individu yang dilarang memasuki New Zealand. - Gambar fail/Reuters
KERAJAAN New Zealand pada Isnin menyatakan akan memperkenalkan peraturan baharu sebagai satu bentuk sekatan ke atas Rusia, susulan serangan terhadap Ukraine.
Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, sekatan itu akan membolehkan negaranya membekukan aset Rusia di New Zealand, dan menghalang individu serta syarikat daripada memindahkan wang dan aset ke negara itu dengan tujuan melarikan diri dari sekatan yang dikenakan negara-negara lain.
Selain itu, Reuters melaporkan, peraturan baharu itu turut menghalang kapal layar, kapal dan pesawat dari memasuki perairan atau ruang udara New Zealand.
Ardern juga mengeluarkan senarai nama 100 individu yang dilarang memasuki New Zealand.
Sementara itu, Korea Selatan mengambil keputusan memutuskan rangkaian transaksi perbankan dengan Rusia sekali gus membekukan aset, sebagai tindakan menyertai sekatan negara-negara Barat ke atas Moscow.
Kementerian Kewangan Korea Selatan akan mengeluarkan lebih banyak perincian, termasuk langkah sekatan seterusnya yang ‘seiring dengan sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat’, pada Isnin.
Langkah itu dilaksana selepas Seoul sebelum ini mengumumkan larangan pengeksportan barangan strategik, menghalang bank-bank Rusia dari sistem pembayaran antarabangsa SWIFT, dan meningkatkan bantuan ke atas Ukraine.
Barangan yang dilarang termasuk barangan elektronik, semikonduktor, komputer, informasi dan komunikasi, sensor dan laser, navigasi dan avionik, dan perkakasan marin serta penerbangan.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#New Zealand
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan