awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand siap sedia adakan pilihan raya umum di tengah risiko kemelesetan ekonomi

Bernama
Bernama
04/10/2023
08:46 MYT
New Zealand siap sedia adakan pilihan raya umum di tengah risiko kemelesetan ekonomi
Pilihan raya itu diadakan selepas Jacinda Ardern meletak jawatan secara mengejut awal tahun ini, dengan Hipkins mengambil alih sebagai ketua parti dan perdana menteri. - Gambar fail
ANKARA (Turkiye): New Zealand sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum pada 14 Okt, menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi berdaftar memilih 120 Ahli Parlimen.
Parti Buruh yang diketuai oleh Perdana Menteri Chris Hipkins, menekankan keutamaan seperti pendidikan, mencipta peluang pekerjaan, dan latihan belia.
Mereka juga telah menjanjikan inisiatif seperti pengangkutan awam percuma untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun, mengurangkan cukai ke atas buah-buahan dan sayur-sayuran, dan meningkatkan gaji minimum, lapor Agensi Anadolu.
Parti pembangkang utama, Parti Nasional, yang diketuai oleh Christopher Luxon, menjanjikan perubahan dalam perundangan, termasuk pemansuhan Cukai Bahan Api Serantau Auckland dan mengembalikan semula tempoh percubaan pekerjaan selama 90 hari.
Mereka juga merancang untuk menangani isu seperti mengharamkan telefon bimbit di sekolah dan melanjutkan pemeriksaan kanser payudara secara percuma.
Kedua-dua pihak berdepan cabaran mengurus inflasi dan meningkatkan ekonomi negara.
IMF memberi amaran tentang potensi inflasi yang tinggi sehingga 2025.
Saingan sengit dijangka membabitkan Parti Buruh dan Parti Kebangsaan, manakala 19 parti mengambil bahagian secara keseluruhan.
Hipkins, yang baru-baru ini diuji positif COVID-19, akan menjalankan kempennya secara dalam talian.
Pilihan raya itu diadakan selepas Jacinda Ardern meletak jawatan secara mengejut awal tahun ini, dengan Hipkins mengambil alih sebagai ketua parti dan perdana menteri.
Pada pilihan raya 2020 sebelum ini, Parti Buruh Ardern memenangi 65 kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#pilihan raya
#kemelesetan ekonomi
#Chris Hipkins
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan