[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Neymar dikutuk peminat, 'persendakan' Stephen Hawking

Agensi 15/03/2018 | 02:17 MYT
Biarpun mungkin berniat baik, tindakan Neymar itu dianggap sebagai tidak menghormati tokoh hebat dunia itu. - Twitter/Neymar Jr
TATKALA dunia berduka dengan kehilangan saintis terkemuka, Stephen Hawking yang meninggal dunia semalam pada usia 76 tahun, rata-rata netizen memperingati jasa dan sumbangan tokoh hebat dunia itu dalam cara tersendiri.
Tidak terkecuali, bintang bola sepak Brazil, Neymar yang memuat naik sekeping gambar dirinya dalam kerusi roda menerusi akaun Twitternya, sebagai 'tribute' kepada Hawking.
BACA: Saintis terkemuka Stephen Hawking meninggal dunia
Dalam gambar berkenaan, Neymar turut memetik ungkapan yang berbunyi: "Anda harus bersikap positif dan melakukan yang terbaik biarpun apa sahaja situasi anda," diikuti dengan nama Hawking.
Neymar yang tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan ekoran kecederaan ligamen buku lalinya, kelihatan ceria dengan sebelah kakinya memakai boot 'pelindung' untuk percepatkan proses pemulihan kecederaannya itu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen di media sosial menyelar tindakan pemain bola sepak berusia 26 tahun itu yang membandingkan keadaannya dengan Hawking yang berpuluh-puluh tahun menderita akibat penyakit gangguan saraf, Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun mungkin berniat baik, tindakan Neymar itu dianggap sebagai tidak menghormati tokoh hebat dunia itu.
Ada pengguna Twitter yang memberi komen "Apa lah sangat kesengsaraan Neymar yang hanya menggunakan kerusi roda sementara waktu berbanding dengan Hawking yang terpaksa bergantung kepada kerusi roda sepanjang hidupnya."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hawking yang berlulusan Cambridge itu didiagnoskan dengan penyakit berkenaan pada usia 21 tahun dan dimaklumkan hanya ada berbaki dua tahun untuk hidup.
Namun Hawking berjaya mengatasi cabaran dan rintangan sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya 55 tahun kemudian.
BACA: Hidap ALS, Stephen Hawking sebenarnya dijangka mati 55 tahun lalu
BACA: Stephen Hawking: Fakta garis masa jasa 'sang genius' dunia fizik
Sepanjang kariernya sebagai ahli fizik, Hawking telah banyak mencurahkan sumbangan, sungguhpun beliau lumpuh hampir seluruh badannya dan hanya menggunakan bantuan kerusi roda.
Beliau terkenal dengan sumbangan dalam bidang kosmologi, relativiti umum dan graviti kuantum, terutamanya dalam konteks lubang hitam atau 'black hole'.
GALERI FOTO: Memori hidup Stephen Hawking
#ALS #Brazil #kerusi roda #Neymar #pemain bola sepak #stephen hawking #tribute