awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NSW Australia lapor kematian pertama akubat tetanus sejak 30 tahun

Bernama
Bernama
13/04/2023
12:15 MYT
NSW Australia lapor kematian pertama akubat tetanus sejak 30 tahun
Pihak berkuasa kesihatan negeri (NSW Health) memaklumkan tiga kes tetanus telah dilaporkan pada tahun ini. - Gambar fail/ Reuters
ANKARA: New South Wales (NSW) Australia pada Khamis mengesahkan kematian pertama akibat tetanus dalam tempoh 30 tahun, lapor Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa kesihatan negeri (NSW Health) memaklumkan tiga kes tetanus telah dilaporkan pada tahun ini.
"Malangnya, NSW Health mengesahkan seorang wanita berusia 80-an dari Sydney meninggal dunia pada 1 April akibat tetanus.
"NSW Health mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," menurut NSW Health dalam satu kenyataan yang disiarkan di halaman Facebook.
Tiga pesakit telah dirujuk sebagai kes tetanus pertama yang dilaporkan di NSW sejak 2019, dan kematian pertama akibat tetanus sejak 1993.
Tetanus, adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam tanah.
Bakteria berkenaan boleh menjangkiti luka dan menghasilkan toksin yang menyerang sistem saraf seseorang.
Dr Christine Selvey, pengarah penyakit berjangkit di NSW Health, berkata di Australia, penyakit ini kebanyakannya berlaku pada golongan tua, biasanya wanita, yang tidak mendapat imunisasi mencukupi.
"Tetanus adalah penyakit yang jarang berlaku, tetapi boleh membawa maut.
Suntikan vaksin adalah perlindungan terbaik terhadap tetanus," katanya.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Facebook
#penyakit berjangkit
#vaksin
#tetanus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan