awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nusantara lambang harapan untuk masa depan Indonesia - Speaker MPR

Bernama
Bernama
16/08/2024
10:18 MYT
Nusantara lambang harapan untuk masa depan Indonesia - Speaker MPR
Nusantara digambarkan sebagai mercu tanda penting dalam sejarah Indonesia, memaparkannya sebagai kanvas kosong yang sedia untuk diisi. - Foto: X @kangdede78
JAKARTA: Speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Bambang Soesatyo menekankan bahawa Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara di Kalimantan Timur adalah simbol harapan dan komitmen bersama ke arah masa depan yang lebih cerah.
Dalam ucapannya di Sidang Tahunan MPR 2024 di Jakarta pada Jumaat, Soesatyo menggambarkan Nusantara sebagai mercu tanda penting dalam sejarah Indonesia, memaparkannya sebagai kanvas kosong yang sedia untuk diisi dengan kebanggaan negara, pencapaian, dan kekaguman, lapor agensi berita ANTARA.
"IKN bukan sekadar nama atau lokasi di peta. Ketika Indonesia meraikan 79 tahun kemerdekaannya, ia juga menyambut lembaran baharu dengan IKN," katanya
Beliau mengajak semua pihak untuk melangkah ke hadapan dengan yakin dan menjadikan Nusantara sebagai pusat inspirasi dan kekuatan.
Soesatyo turut menyeru semua elemen untuk mengekalkan Nusantara sebagai legasi harapan dan aspirasi.
Dengan cara ini, ibu kota itu bukan hanya menjadi warisan sebagai sebuah bandar raya tetapi juga tempat di mana generasi akan datang dapat berkembang dengan impian yang lebih besar.
"Apabila cucu-cucu kita melihat IKN, mereka tidak hanya akan melihat sebuah bandar raya tetapi juga merasakan degupan jantung bangsa untuk masa depan yang lebih cerah," katanya.
Dalam sesi MPR pada Jumaat, Presiden Joko Widodo menyampaikan laporan mengenai prestasi pentadbirannya dan ucapan negara sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.
Sesi itu akan disusuli dengan sidang pleno Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengenai Draf Bajet Negara 2025.
--BERNAMA-ANTARA
Topic Berkaitan
#ibu negara baharu
#ibu kota baharu
#IKN
#nusantara
#Indonesia
#simbol harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan