DUNIA
Nvidia akan labur US$5 bilion dalam Intel, jalin perikatan teknologi

Ketua Eksekutif Nvidia Jensen Huang berkata, perkongsian dengan Intel adalah bukti yang dunia komputer berubah secara asas. - Gambar/ Reuters
SAN JOSE (California): Intel, pelopor cip yang sedang bergelut, bakal menerima pelaburan berbilion dolar daripada pesaingnya Nvidia, umum gergasi teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Nvidia akan melabur US$5 bilion dalam Intel dan menjalin kerjasama teknikal untuk membangunkan cip bersama, termasuk pemproses sistem x86 yang disesuaikan dengan teknologi Nvidia bagi pusat data dan kecerdasan buatan.
- Kerjasama ini menandakan perubahan besar dalam landskap komputer, dengan Intel berusaha memperkenalkan semula dirinya sebagai pengeluar kontrak cip di tengah persaingan sengit daripada Arm dan dominasi Nvidia dalam teknologi AI.
- Kerajaan AS kini memiliki kira-kira 10 peratus pegangan dalam Intel melalui subsidi bernilai berbilion dolar, namun Presiden Donald Trump menuntut agar pulangan diberikan kepada pembayar cukai bagi pembinaan kilang baharu di AS.
Ini membawa pertumbuhan yang meledak kepada syarikat itu, yang pernah dikenali terutamanya untuk kad grafiknya dan menjadikannya syarikat paling bernilai di dunia, dengan modal pasaran US$4.3 trilion.
Perkongsian dengan Intel adalah bukti yang dunia komputer berubah secara asas, kata ketua eksekutif Nvidia Jensen Huang.
Intel pernah menjadi kuasa dominan dalam sektor cip tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia terus kehilangan pasaran.
Telefon pintar dan kebanyakan komputer tablet menggunakan teknologi daripada pembangun cip Arm, manakala dalam kecerdasan buatan, Nvidia tiada tandingan.
Intel kini menyasarkan untuk memperkenal semula dirinya sebagai pengeluar kontrak untuk pembuat cip lain. Bagaimanapun, setakat ini, bakal pelanggan ragu-ragu, memaksa Intel untuk mengecilkan projeknya yang bercita-cita tinggi.
Kerajaan AS baru-baru ini memperoleh pegangan kira-kira 10 peratus dalam Intel. Berbilion-bilion subsidi yang dijanjikan tahun lalu secara efektif berfungsi sebagai harga pembelian.
Intel pada asalnya akan menerima dana secara percuma untuk menyokong pembinaan kilang baharu di AS, namun Presiden Donald Trump pula mendesak agar pulangan diberikan kepada pembayar cukai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami