awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama anjur sesi 'Google Hangout'

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2013
01:15 MYT
Obama anjur sesi 'Google Hangout'
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menggunakan platform Google Hangout bagi menjelaskan ucapan negaranya yang diadakan awal minggu ini.
Sesi interaktif yang dinamakan sebagai 'Fireside Hangout' di antara Obama dan lima rakyat Amerika yang terpilih ini dianjurkan Google dan White House.
Sesi 'Fireside Hangout' ini mengangkat idea cetusan perbincangan Fireside oleh Presiden Roosevelt dan Obama turut menggunakan bilik Roosevelt di White House untuk sesi temubual berkenaan.
Antara isu yang disentuh adalah mengenai keusahawanan, reformasi paten dan industri serta pendidikan teknologi di sekolah.
Mengulas mengenai reformasi paten dan industri, Obama mengatakan paten harus dikawalselia sebaiknya agar ia melindungi harta intelek, namun perlu diseimbangkan agar tidak menyekat perkembangan inovasi.
Bagaimanapun, Obama juga bersetuju masih banyak perlu dilakukan agar reformasi paten dan perkembangan inovasi dilihat sebagai usaha holistik semua pihak.
Menyentuh mengenai pendidikan teknologi di sekolah, Obama menggalakkan para pelajar menyemai minat terhadap teknologi agar ia dapat menyediakan pengalaman yang relevan kepada mereka sebelum melangkah ke pengajian tinggi mahupun alam pekerjaan.
Google Hangout pertama di bawah pimpinan Obama diadakan pada 2012 dengan menyaksikan lebih 227,000 orang menyertainya.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Google Hangout
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan