Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama melantik Julia Pierson, sebagai pengarah perkhidmatan risikan AS yang baru.

Pierson, agen berpengalaman, merupakan wanita pertama menerajui perkhidmatan yang lazimnya didominasi lelaki.

Pelantikan Pierson disifatkan kena pada masanya selepas pentadbiran Obama dikritik kerana tidak mempertimbangkan calon wanita untuk jawatan tinggi.

Pierson menggantikan Mark Sullivan yang bersara Februari lalu.

Pierson berdepan tugas berat, memulihkan semula imej serta reputasi perkhidmatan risikan, yang tercalar susulan skandal agennya dan pelacur di Colombia.

Beliau memulakan perkhidmatan selaku agen khas di Miami pada 1983.

Perkhidmatan risikan sebelum ini dikritik kerana pendedahan agennya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral, ketika bertugas untuk lawatan presiden di Cartagena.

Ia menyebabkan siasatan rasmi dijalankan terhadap skandal terbabit.

Sekurang-kurangnya tujuh daripada puluhan agen yang disiasat, meletak jawatan.