BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19.

Obama memaklumkan perkara itu di Twitter pada Ahad.

“Saya baru sahaja disahkan positif COVID.

"Saya mengalami sakit tekak selama beberapa hari, tetapi saya baik-baik saja,” kata bekas presiden itu di Twitter.


Beliau dalam pada itu turut memaklumkan isterinya bekas Wanita Pertama Michelle negatif jangkitan itu setakat ini.

"Michelle dan saya bersyukur kerana diberi vaksin dan dos penggalak, dan dia telah diuji negatif," kata Obama lagi.

Obama menganggap jangkitan dialaminya itu "peringatan untuk mendapatkan vaksin jika anda belum melakukannya, walaupun kes menurun."