awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC rancang lantik wakil khas ke Libya

Bernama
Bernama
03/08/2017
09:51 MYT
OIC rancang lantik wakil khas ke Libya
Al-Othaimeen (gambar) berkata, OIC komited menjadi penyelaras antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Liga Arab Kesatuan Afrika serta negara jiran Libya yang telah memberikan sumbangan positif untuk mencapai resolusi damai. -- Gambar fail
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) merancang melantik wakil khas ke Libya untuk menjadi penyelaras antara negara itu dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa yang relevan sebagai menyokong usaha resolusi damai di Libya.
Setiausaha Agung OIC Dr Yousef A. Al-Othaimeen berkata demikian, semasa pertemuan dengan Menteri Luar Libya Mohamed Tahir Siala di luar Mesyuarat Agung Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat Menteri-Menteri Luar di Istanbul, Selasa.
Al-Othaimeen memberi jaminan Menteri-Menteri Luar negara anggota OIC menyokong penuh usaha mengembalikan semula kestabilan dan keselamatan di Libya, katanya dalam satu kenyataan.
OIC juga katanya, komited menjadi penyelaras antara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Liga Arab Kesatuan Afrika serta negara jiran Libya yang telah memberikan sumbangan positif untuk mencapai resolusi damai.
Sementara itu, Menteri Libya mengesahkan minat negara itu terhadap resolusi yang diterima pakai OIC dan kepentingan melaksanakannya.
Selain itu, peranan penting dimainkan OIC di peringkat serantau dan antarabangsa turut dipuji.
Perang saudara di Libya bermula dengan Revolusi Arab (Arab Spring) pada 2011 yang menyaksikan pemimpinnya Muammar Gaddafi digulingkan selepas memerintah selama 42 tahun dan merupakan antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.
Gaddafi terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya, dibantu tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berhampiran bandar Sirte pada 20 Oktober 2011.
Sejak itu, ketidakstabilan berterusan dengan tercetusnya konflik dalam kalangan kumpulan tertentu untuk menguasai wilayah di Libya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Libya
#Muammar Gaddafi
#oic
#Penyelaras
#pertubuhan kerjasama islam
#resolusi damai
#Revolusi Arab
#Yousef A Al-Othaimeen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan