Skip to main content

Dunia

OIC sepakat perkukuh usaha perangi rasuah, terima pakai beberapa resolusi

Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menerima pakai beberapa resolusi bagi memperkukuh usaha memerangi rasuah menerusi Mesyuarat Peringkat Tinggi Ketiga Ketua-Ketua Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Antirasuah Negara Anggota OIC di Baku, Azerbaijan.
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menerima pakai beberapa resolusi bagi memperkukuh usaha memerangi rasuah menerusi Mesyuarat Peringkat Tinggi Ketiga Ketua-Ketua Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Antirasuah Negara Anggota OIC di Baku, Azerbaijan.

Advertisement

Advertisement

PUTRAJAYA: Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menerima pakai beberapa resolusi bagi memperkukuh usaha memerangi rasuah menerusi Mesyuarat Peringkat Tinggi Ketiga Ketua-Ketua Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Antirasuah Negara Anggota OIC di Baku, Azerbaijan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman berkata persidangan selama dua hari itu berjaya merangka dan menerima pakai resolusi berkaitan langkah membanteras rasuah, sekali gus menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara negara anggota.

Beliau berkata Malaysia turut mengambil bahagian secara aktif dengan membentangkan pendirian kerajaan berhubung isu yang dibincangkan sepanjang persidangan berkenaan.

Advertisement

"Penganjuran platform seumpama ini penting bagi membolehkan negara anggota OIC membincangkan cabaran bersama selain memperkukuh hubungan dan kerjasama antara negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abd Halim berkata persidangan berkenaan memberikan ruang kepada negara anggota untuk membincangkan cabaran berkaitan usaha pencegahan dan pembanterasan rasuah, di samping memperkukuh hubungan antara agensi penguatkuasaan antirasuah.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan Azerbaijan atas kejayaan menganjurkan persidangan antarabangsa berkenaan.

Abd Halim turut memuji layanan mesra masyarakat Azerbaijan terhadap delegasi Malaysia sepanjang berada di negara itu dan menyifatkan Baku sebagai bandar yang kaya dengan sejarah, manakala keramahan penduduknya membuatkan delegasi Malaysia berasa seperti berada di negara sendiri.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement