TOKYO: Jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan atlet dan petugas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020  meningkat kepada 127 kes setakat Sabtu.

Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 mengesahkan pertambahan 17 kes baharu termasuk atlet luar negara yang ditempatkan di perkampungan Olimpik.

Sejak awal bulan ini, 123 kes COVID-19 melibatkan para atlet dan penganjur temasya tersebut dilaporkan.

Empat kes terbaharu melibatkan petugas keselamatan.

Untuk rekod, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan penganjur adalah setiap atlet perlu melalui ujian saringan setiap hari.

Namun, bekalan ujian saringan yang tidak mencukupi menyukarkan proses tersebut dilakukan secara berkala.