KUALA LUMPUR: Lebih sejuta penduduk Gaza kini bersesak-sesak di Rafah umpama menanti maut, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths.
"Mereka hanya mempunyai sedikit makanan, hampir tiada akses kepada rawatan perubatan, tiada tempat tidur dan tiada tempat selamat untuk dituju," katanya menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pada Selasa.
Griffiths berkata situasi di Rafah yang sebelum ini dibimbangi bakal terjadi, kini sudah berlaku dengan pantas.
Setakat ini, lebih 28,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan.
Selama lebih empat bulan, petugas kemanusiaan telah membantu mereka yang memerlukan meskipun berdepan pelbagai risiko dan trauma.
Beliau berkata risiko yang perlu diharungi, termasuk ditembak, diacu dengan senjata api, diserang dan dibunuh.
"Tidak kira seberapa banyak pengorbanan, ia tetap tidak mencukupi untuk memastikan jutaan orang terus hidup, mendapat makanan dan dilindungi semasa bom-bom digugurkan dan bantuan terhalang.
"Saya telah suarakan sejak berminggu-minggu lalu bahawa tindak balas kemanusiaan kita semakin lumpuh. Hari ini, saya memberi amaran sekali lagi: Operasi ketenteraan di Rafah boleh membawa kepada lebih banyak pembunuhan di Gaza. Operasi kemanusiaan sudah di ambang kemusnahan," katanya.
Griffiths menegaskan bahawa agensi bantuan tidak mempunyai jaminan keselamatan, bekalan bantuan dan kapasiti kakitangan untuk mengekalkan operasinya.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa telah diberi amaran terhadap akibat yang bakal berlaku bagi sebarang pencerobohan darat di Rafah dan kerajaan Israel tidak boleh terus mengabaikan gesaan ini.
"Perang itu mesti ditamatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Griffiths berkata situasi di Rafah yang sebelum ini dibimbangi bakal terjadi, kini sudah berlaku dengan pantas. -Gambar fail/AP
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.