KUALA LUMPUR: Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya, Lawrence Wong hari ini.
Penganalisis politik Dr Oh Ei Sun berkata Perdana Menteri baharu itu, yang gemar bermain gitar, juga seorang yang mesra media sosial sekali gus meningkatkan jangkaan bahawa beliau akan banyak melibatkan diri dengan orang biasa, baik di Singapura mahupun Malaysia.
"Penglibatan dengan pemimpin Malaysia pula akan terus mesra," kata Penasihat Utama di Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia ketika dihubungi Bernama hari ini.
Wong, yang merupakan seorang penjawat awam sebelum terjun ke arena politik pada 2011, adalah individu kedua yang tidak ada kena-mengena dengan keluarga pengasas Singapura untuk menerajui negara bandar itu dalam tempoh hampir enam dekad.
Dalam peralihan kepimpinan yang lancar, Wong, 51, akan menggantikan Lee, 72, yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sejak 2004.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 8 malam ini di The Istana, kediaman rasmi dan pejabat Presiden Singapura.
Oh, yang juga felow kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata tidak banyak perubahan drastik akan berlaku dalam dasar Singapura.
"Saya rasa perkara paling utama ialah, seperti yang Lawrence sendiri tegaskan, akan ada kesinambungan dan kestabilan baik di dalam mahupun luar Singapura," katanya.
Mengenai isu dua hala seperti perjanjian bekalan air, sempadan maritim dan pengurusan ruang udara dengan Malaysia, Oh berkata rundingan antara kedua-dua negara akan diteruskan di peringkat teknikal serta birokrasi sebelum pemimpin kedua-dua negara memberikan kelulusan mereka.
Ketika ditanya mengenai hubungan Malaysia-Singapura dalam kalangan ASEAN, beliau berkata kedua-dua negara jiran itu akan terus memainkan peranan utama membabitkan kedudukan Asia Tenggara antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Felow Majlis Profesor Negara Profesor Dr Azmi Hassan turut berkongsi pandangan sama bahawa Wong akan meneruskan legasi Lee dalam pendekatan beliau untuk mengukuhkan hubungan dua hala Singapura-Malaysia dan ASEAN secara keseluruhan.
Geostrategis itu berkata kenyataan Wong baru-baru ini bahawa Malaysia dan Singapura adalah tonggak kemakmuran Asia Tenggara menunjukkan beliau melihat negara ini sebagai rakan, bukan pesaing sama ada dari segi ekonomi atau geopolitik.
Azmi, yang juga Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), berkata seperti Lee, Wong mempunyai pendekatan pragmatik terutama dalam hal percaturan kuasa besar antara China dan AS.
"Lee mengambil pendekatan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak walaupun dari segi stigma, Singapura lebih dekat dengan AS tetapi berbaik-baik juga dengan China," katanya sambil menambah beliau berpandangan Wong akan meneruskan pendekatan Lee itu.
Bagaimanapun, Azmi berkata Wong perlu mempamerkan gaya kepimpinan sendiri yang tidak dibayangi oleh keluarga Lee sebelum pilihan raya umum negara itu yang dijangka diadakan menjelang November 2025.
"Semasa era (bekas Perdana Menteri) Goh Chok Tong, Lee Hsien Loong daripada keluarga Lee Kuan Yew sedang menunggu tetapi dalam hal Lawrence Wong ini, tiada lagi ahli keluarga Lee yang menunggu. Maksudnya Wong boleh mentadbir mengikut acuannya sendiri," kata beliau.
Selama lebih sedekad, Malaysia dan Singapura menjadi rakan perdagangan global kedua terbesar antara satu sama lain dan yang terbesar dalam negara ASEAN. Pada 2023, nilai dagangan antara kedua-dua negara ialah RM363.13 bilion (US$79.6 bilion).
Singapura dan Malaysia akan meraikan ulang tahun ke-60 dalam hubungan dua hala pada tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Wong adalah individu kedua yang tidak ada kena-mengena dengan keluarga pengasas Singapura untuk menerajui negara bandar itu dalam tempoh hampir enam dekad. - Gambar Bernama
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.