awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang asing perlu bayar 60 peratus duti setem beli hartanah di Singapura

Agensi
Agensi
26/04/2023
23:15 MYT
Orang asing perlu bayar 60 peratus duti setem beli hartanah di Singapura
Orang asing yang berhasrat membeli sebarang hartanah kediaman di Singapura bermula hari ini (27 April) perlu membayar duti setem pembeli tambahan (ABSD) sebanyak 60 peratus setelah ia dinaikkan daripada 30 peratus.
SINGAPURA: Orang asing yang berhasrat membeli sebarang hartanah kediaman di Singapura bermula hari ini (27 April) perlu membayar duti setem pembeli tambahan (ABSD) sebanyak 60 peratus setelah ia dinaikkan daripada 30 peratus.
Pengumuman tarif ABSD yang diumumkan malam tadi merupakan langkah terbaharu pengawalan harga hartanah oleh kerajaan Singapura,.
Sementara itu, rakyat tempatan yang mahu membeli hartanah kediaman kedua mereka pula perlu membayar kadar ABSD sebanyak 20 peratus iaitu kenaikan daripada 17 peratus.
Bagi warga Singapura yang merancang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya pula perlu membayar kadar yang dinaikkan sebanyak 30 peratus, daripada 25 peratus.
Kadar 30 peratus diumumkan kerajaan itu diguna pakai kepada penduduk tetap (PR) yang membeli hartanah kediaman kedua mereka. PR yang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya pula perlu membayar ABSD sebanyak 35 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.
Ini adalah pusingan ketiga langkah-langkah penyejukan sejak Disember 2021.
Kenaikan ABSD bertujuan ‘untuk mempromosikan pasaran hartanah yang mampan dan memberi keutamaan kepada pemilikan rumah oleh pemilik’, kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pembangunan Kebangsaan (MND) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) pada Rabu malam, lapor portal berita CNA.
Menurut pihak berkuasa Singapura, permintaan pemilikan kediaman daripada penduduk tempatan sangat tinggi selain minat pelabur tempatan dan asing dalam pasaran hartanah kediaman di negara itu.
“Jika dibiarkan tanpa kawalan, harga boleh melebihi asas ekonomi dengan risiko kenaikan harga yang berterusan berbanding pendapatan," kata pihak berkuasa negara jiran itu lagi.
Berdasarkan data tahun 2022, kenaikan kadar ABSD akan menjejaskan kira-kira 10 peratus transaksi hartanah kediaman.
Kadar ABSD untuk warga Singapura dan penduduk tetap yang membeli hartanah kediaman pertama mereka - yang membentuk kira-kira 90 peratus transaksi hartanah kediaman berdasarkan data 2022 - akan kekal pada 0 peratus dan 5 peratus masing-masing.
Topic Berkaitan
#Singapura
#orang asing
#beli hartanah di Singapura
#duti setem pembeli tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan