awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tutup nombor pendaftaran kenderaan isi RON95, pemandu didakwa esok
Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja lelaki 15 tahun di Kota Tinggi
68,000 pelajar di Pahang terima bantuan kit pembelajaran Tunas Makmur serentak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Pak Habibie bapa teknologi Indonesia" - Jokowi

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
11/09/2019
12:07 MYT
"Pak Habibie bapa teknologi Indonesia" - Jokowi
Jokowi berkongsi foto bersama bekas presiden ketiga itu, Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) menerusi akaun Twitternya.
Pemergian bekas Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie diratapi oleh segenap rakyat di negara jiran itu.
Rakyat Indonesia kehilangan seorang tokoh yang telah memberikan sumbangan yang cukup besar pada negara itu sepanjang hayatnya.
Bagi ketua negara itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi), Allahyarham Habibie disifatkan Jokowi, seorang tokoh terbilang negara.
“Pak Habibie cukup dikenali sebagai seorang ilmuan dan sebagai bapa teknologi Indonesia.
“Beliau juga sering memberikan jalan penyelesaian jika timbul apapa isu di negara ini,” kata Jokowi mengulas mengenai pemergian presiden ketiga negara itu ketika ditemui wartawan di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta.
Jokowi bagaimanapun tiba di hospital berkenaan lima minit selepas Habibie menutup usia.
BACA: Bekas Presiden Indonesia, Habibie meninggal dunia
Menurut Jokowi, jenazah Habibie akan dibawa pulang ke kediamannya di Kuningan.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Selamat jalan Bapak BJ Habibie. pic.twitter.com/9hXUzH1pqw
— Joko Widodo (@jokowi) September 11, 2019
Habibie meninggal dunia pada pukul 6.05 petang Rabu di hospital berkenaan kerana penyakit jantung.
Seramai 44 doktor pakar merawat Habibie sejak Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 1 September lalu.
BACA: BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital
Allahyarham Habibie merupakan Presiden Indonesia ketiga menggantikan Presiden Suharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.
Topic Berkaitan
#BJ Habibie
#Joko Widodo
#Jokowi
#Presiden Indonesia
#presiden ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan