Skip to main content

Dunia

Iran, Oman setuju teruskan rundingan mengenai Selat Hormuz

A drone view shows vessels anchored at the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, May 25, 2026. REUTERS/Stringer TPX IMAGES OF THE DAY REFILE - CORRECTING INFORMATION FROM "VESSELS SAILING THROUGH THE STRAIT OF HORMUZ" TO "VESSELS ANCHORED AT THE STRAIT OF HORMUZ".
IRGC mengumumkan penutupan Selat Hormuz sehingga berakhirnya campur tangan AS di rantau itu, sambil menambah tiada kapal akan dibenarkan melaluinya. - Gambar/ Reuters
Advertisement

TEHRAN: Iran dan Oman bersetuju untuk meneruskan rundingan berhubung situasi di Selat Hormuz, lapor Sput ik/RIA Novosti pada Ahad, memetik jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei.

Sebelum ini, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan penutupan Selat Hormuz sehingga berakhirnya campur tangan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu, sambil menambah tiada kapal akan dibenarkan melaluinya.

Pada Sabtu, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi tiba di Oman untuk perbincangan mengenai Selat Hormuz.

“Oman dan Iran bersetuju untuk meneruskan dialog di peringkat politik, perundangan dan teknikal bagi mencapai persefahaman bersama tentang memastikan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz,” kata Baghaei, mengulas lawatan Araghchi ke Oman, seperti yang dipetik oleh Kementerian Luar Iran.

Jurucakap itu juga menambah pengurusan masa depan Selat Hormuz perlu ditentukan menerusi rundingan antara Iran dan Oman, dengan mengambil kira situasi beberapa bulan lepas dan tindakan ketenteraan AS dan Israel terhadap Iran.

Pada masa sama, beliau menambah Qatar mengambil bahagian dalam perundingan sebagai salah satu negara pengantara dalam dialog antara Iran dan AS.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement