awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2024
23:15 MYT
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Seorang tentera Israel dilihat memegang seluar dalam wanita di mulut rakannya yang terbaring di sofa. - Foto REUTERS
TENTERA Israel menyiarkan gambar dan video mereka bergurau dengan pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah rakyat Palestin.
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing meningkatkan pengawasan dunia terhadap serangan Israel.
Dalam satu video, seorang tentera Israel duduk di kerusi di sebuah bilik di Gaza sambil tersengih dengan memegang pistol dan seluar dalam wanita di mulut rakannya yang terbaring di sofa.
Di tempat lain, seorang tentera Israel duduk di atas kereta kebal memegang patung wanita berpakaian coli hitam dan berkata telah menemui isteri yang cantik.
Dua video yang dirakam oleh tentera Israel adalah antara berpuluh-puluh muat naik di mana tentera Israel di Gaza ditunjukkan mempamerkan pakaian dalam.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Menurut jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, Ravina Shamdasani, penyiaran imej sedemikian merendahkan wanita Palestin dan semua wanita.
Reuters menghantar butiran lapan gambar yang disahkan di YouTube atau Instagram kepada pasukan pertahanan Israel.
Sebagai tindak balas, seorang jurucakap menghantar kenyataan mengatakan bahawa IDF menyiasat insiden yang menyimpang daripada arahan dan nilai jangkaan tentera IDF serta laporan video yang dimuat naik ke rangkaian sosial.
IDF enggan menyatakan sama ada ia merujuk kepada mana-mana imej yang ditonjolkan oleh Reuters atau sama ada mana-mana askar yang bertanggungjawab telah dikenakan tindakan disiplin.
Pendedahan ini dibuat pada masa Israel dituduh melakukan jenayah perang yang serius.
Sepasukan pakar PBB berkata, telah menerima maklumat daripada sumber institusi dan masyarakat sivil dan wawancara langsung di Tebing Barat mengenai keganasan seksual terhadap rakyat Palestin oleh IDF.
Topic Berkaitan
#video tular
#pakaian dalam wanita
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan