ISTANBUL: Pakatan diketuai Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memaklumkan pada Jumaat bahawa pihaknya telah memintas dan memusnahkan sebuah dron di wilayah Riyadh, Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan itu, Mejar Jeneral Turki Al-Maliki mengumumkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di platform X.
Pengumuman itu dibuat ketika ketegangan ketenteraan antara pakatan diketuai Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman terus meningkat, dengan kumpulan itu berulang kali melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke arah wilayah Arab Saudi.
-- BERNAMA-ANADOLU