NEW DELHI: Pakistan dan Afghanistan turut mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menghalang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Afghanistan, tindakan memveto resolusi itu memperlihatkan bahawa AS secara terbuka "bersubahat dengan kekejaman yang berterusan di Gaza."
"Apabila kemanusiaan terikat kepada kehendak satu pihak, ia menggambarkan berlakunya sifat tidak adil dalam peraturan antarabangsa ketika ini, menghakis kredibiliti yang masih ada pada badan hak asasi manusia dan menunjukkan perlunya peraturan yang lebih adil," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pakistan turut kesal kerana Majlis Keselamatan sekali lagi gagal menggesa gencatan senjata di Gaza walaupun tragedi kemanusiaan sedang berlaku di wilayah berkenaan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan walaupun Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggunakan Artikel 99 Piagam PBB dan amarannya tentang malapetaka kemanusiaan di Gaza, majlis keselamatan itu gagal melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
"Penerusan kempen Israel di wilayah Palestin yang diduduki akan menambah lagi penderitaan manusia, lebih ramai lagi orang awam akan menjadi korban dan berjuta-juta lagi penduduk akan diusir. Ia juga boleh mencetuskan konflik yang lebih meluas dan berbahaya...," menurut kenyataan itu.
Ketika kemarahan antarabangsa semakin memuncak terhadap serangan Israel ke atas penduduk Gaza dan kemusnahan hospital, sekolah, kemudahan PBB, masjid dan kawasan kediaman, banyak negara melihat AS terlibat secara langsung dalam kekejaman terhadap rakyat Palestin.
"Saya amat kesal kerana AS sanggup mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah untuk kepentingan Zionisme," kata Menteri Luar Oman Badr Albusaidi dalam hantaran di laman sosial X.
Sementara itu, Rusia melihat "cannibalistic logic" dalam tindakan Israel di Gaza dan Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan menganggap sistem politik Amerika "tidak berdaya dalam isu berkaitan dengan Israel."
Timbalan Duta Russia ke PBB Dmitry Polyanskiy mendakwa Israel cuba mengusir rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza dengan membuatkan kehidupan mereka amat sengsara.
"Pengeboman tanpa henti dan serangan yang disasarkan ke atas kemudahan awam yang bertujuan untuk menimbulkan panik dan kengerian dalam kalangan orang awam mendedahkan strategi sistemik ke arah penempatan semula secara paksa penduduk Palestin," kata diplomat kanan Rusia itu semasa perbincangan PBB mengenai Gaza.
Beliau berkata logik di sebalik tindakan rejim itu hanya untuk menjadikan kehidupan di Gaza sengsara dan menjadikan penduduk tidak mempunyai pilihan lain, sama ada melarikan diri dari tanah air mereka atau dibunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Tindakan memveto resolusi itu memperlihatkan bahawa AS secara terbuka "bersubahat dengan kekejaman yang berterusan di Gaza." - Screenshot Video Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Agong dukacita, kesal tindakan AS veto resolusi gencatan senjata Palestin-Israel
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto menolak Resolusi UNSC menggesa gencatan senjata antara rejim Zionis Israel dan Palestin.
Malaysia sangkal dakwaan gencatan senjata di Gaza 'hanya tanam benih untuk perang seterusnya'
Malaysia menolak dakwaan bahawa gencatan senjata segera di Gaza akan "hanya menanam benih untuk perang seterusnya."
Sukar untuk capai keadilan di dunia ini dengan AS - Erdogan
Tegas beliau, sukar mencapai keadilan, sekiranya Amerika Syarikat (AS) sewenang-wenangnya menggunakan kuasa veto.
Israel hargai pendirian AS di Majlis Keselamatan PBB
AS menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi mendesak gencatan senjata dalam perang Zionis-Hamas di Gaza.
Pakistan, Afghanistan kecam AS guna kuasa veto halang gencatan senjata di Gaza
Tindakan memveto resolusi itu memperlihatkan bahawa AS secara terbuka "bersubahat dengan kekejaman yang berterusan di Gaza."
Perang Palestin-Israel: Malaysia bantah sikap AS memveto draf resolusi gencatan senjata
Malaysia membantah sikap AS yang menolak draf resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dan Palestin.
Gencatan senjata: Tindakan AS guna kuasa veto 'bawa malapetaka' - Duta Palestin
Riyad menyelar Majlis Keselamatan PBB kerana kegagalannya meluluskan draf resolusi untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza.