awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan bangkitkan kebimbangan terhadap dasar berteraskan pencerobohan

Bernama
Bernama
16/07/2025
03:00 MYT
Pakistan bangkitkan kebimbangan terhadap dasar berteraskan pencerobohan
Ishaq Dar mengecam tindakan Israel yang didakwa menyebabkan bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza melalui siri serangan berterusan ke atas wilayah yang dikepung itu. - Gambar AP
NEW DELHI: Pakistan menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan penggunaan pencerobohan sebagai alat dasar luar dan menyeru agar pertikaian antarabangsa diselesaikan secara diplomatik selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Bercakap pada mesyuarat menteri Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin, China pada Selasa, Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar mengecam tindakan Israel yang didakwa menyebabkan bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza melalui siri serangan berterusan ke atas wilayah yang dikepung itu.
"Israel telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap norma antarabangsa dan nilai kemanusiaan," katanya.
Beliau turut mengutuk serangan terkini Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, termasuk terhadap kemudahan nuklear negara itu, sebagai tindakan yang "tidak sah dan tidak berasas."
"Tindakan seumpama ini yang menyasarkan negara anggota SCO adalah tidak boleh diterima," tegasnya.
SCO kini dianggotai 10 negara iaitu China, Rusia, India, Pakistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Iran dan Belarus.
Dar menekankan kepentingan mematuhi undang-undang serta perjanjian antarabangsa dalam menangani sebarang pertikaian.
"Kami amat bimbang terhadap trend menjadikan pencerobohan sebagai alat dasar luar," katanya.
Merujuk ketegangan antara Pakistan dan India termasuk konfrontasi ketenteraan pada Mei lalu, beliau berkata Pakistan komited untuk menjalin hubungan yang aman dan stabil dengan semua negara jiran.
"Melancarkan dialog menyeluruh dan berstruktur mampu menangani keseluruhan isu yang sekian lama menjejaskan keamanan dan keselamatan di Asia Selatan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pakistan
#israel serang gaza
#Pertubuhan Kerjasama Shanghai
#SCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan