awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan berdepan kebanjiran pencari suaka dari Afghanistan

Bernama
Bernama
19/06/2022
20:05 MYT
Pakistan berdepan kebanjiran pencari suaka dari Afghanistan
Beratus-ratus ribu rakyat Afghanistan melarikan diri ke Pakistan dan Iran sejak Kabul diperintah kerajaan sementara Taliban sejak Ogos lalu. - Foto fail/REUTERS
KARACHI: Pakistan berdepan kebanjiran pencari suaka dari negara jiran Afghanistan berikutan Kabul kini dikuasai Taliban, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bercakap kepada Agensi Anadolu (AA) pada malam menjelang Hari Pelarian Sedunia, yang disambut pada 20 Jun setiap tahun, Qaiser Khan Afridi, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Pakistan berkata lebih 250,000 pencari suaka warga Afghanistan telah tiba di Pakistan sejak Januari 2021.
"Bagaimanapun, jumlah keseluruhan rakyat Afghanistan yang memerlukan perlindungan antarabangsa berkemungkinan lebih tinggi," kata Afridi.
"Kami sedang berbincang dengan kerajaan Pakistan mengenai pendaftaran dan dokumentasi pencari suaka, kebanyakannya dari Afghanistan," katanya.
Beratus-ratus ribu rakyat Afghanistan melarikan diri ke Pakistan dan Iran sejak Kabul diperintah kerajaan sementara Taliban sejak Ogos lalu.
Ramai yang meninggalkan negara itu, meskipun sebelum Taliban menguasai Kabul susulan kebimbangan tindakan keras kumpulan itu, dan sebahagian mereka mendapat peluang berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) atau Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Afghanistan
#pelarian
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan